Friday 22 November 2013

Pengalaman pelik lepas HSG

Assalam...

Lama I tak update blog ni since bulan lepas. Kali ni berdebar dan rasa tak nak update apa-apa selagi tak tahu details keputusan ujian HSG & pendapat Dr tentang hasil ujian tersebut, serta keputusan SA DH kali ke-2. Semua ni akan dibincang pada 29 November ni nanti.

Cuma ada 1 perkara yang I nak kongsikan dan nak tanya pernah tak korang alami perkara yang sama...

I dapat tarikh HSG 28hb Okt. Masa tu CD7. I totally bersih pada CD6. CD5 ada brown spot je. Masa nak buat ujian tu, Dr yang nak buat x-ray dan staff dia duk arguing nak buat ke tak. I tak pasti isunya apa cuma diorang kerap tanya I hari ke berapa period stop. Lepas diorang bincang2, diorang decide untuk continue.
Lepas salin pakaian semua I baring seperti orang nak bersalin atas katil. Sementara tunggu diorang ready I doa supaya tube I tak de masalah dan normal. Lepas bersihkan kemaluan dan buka laluan untuk tube masuk dia masukkan liquid, perut dan pinggang I mula rasa sakit.Rasa sakit senggugut yang tak boleh nak bangun tu. Lama jugak proses nak masukkan liquid tu. Nampak staff yang buat tu macam tak well-prepared. Kelam kabut tukar tiub lain la ape la. Dr yang nak scan tanye staff dia tu ' Okay ke tak?' Budak tu jawab 'Okay, cuma serviks dia panjang sangat'. I dah terpinga-pinga...dalam kepala duk fikir pasal servik panjang. Dah settle diorang tarik I perlahan2 supaya kaki dapat dilunjurkan. Dr mula x-ray dan suruh I mengereng sedikit ke kanan dan ke kiri sedikit. Lepas tu settle.

Dr ada cakap kat staff dia yang gambar x-ray kat monitor tu tak jelas dan tak cantik. Dia tanya budak tu tak boleh adjust dah ke. Masa tu perasaan I geram je dan I dah fikir yang bukan-bukan. Macam mana lah nak tengok result tu betul2 kalau gambar pun tak jelas.

I tak boleh bangun lepas xray tu. I baring sekejap dan minta Dr panggilkan husband I masuk. Hubby tolong I turun dari katil dan I pergi toilet cuci semua. Lepas tu are Miss V rasa gatal yang amat. Dah siap pakai baju terkepit2 I jalan tahan gatal. Korang ada tak gatal2 macam I?

Then, esok dan lupa memang ada kuat blood cloth. Halus-halus je dan warna nya pun tak betul2 merah. Tapi pada CD 16 blood cloth warna merah mula keluar dan lebih besar. I mula-mula confuse dia keluar bersama air kencing ke atau saluran lain sebab everytime buang air kecil je I nampak. Dekat underware tak ada pulak. After mengadu dekat salah seorang kawan TTC kita, I try wipe kat miss V then memang ada darah (fresh blood). I terkejut dan takut. Yelah, baru je CD16 dah period lagi. CD17 petang tu I dah kena pakai pad. 4 hari jugak la. I try google ada tak yang jadi macam I lepas ujian HSG datang period lagi tapi tak jumpa. Korang ada pengalaman macam ni atau pernah dengar cerita dari orang lain tak?

I pergi jumpa Dr kat Klinik biasa yang I selalu pergi bila sakit demam. I tanya dia...Dia rasa I memang period sebab ujian HSG ni menyebabkan wujud pressure dalam reproductive organ kita. Bila liquid tu keluar, ada kemungkinan sumbatan dan telur kita pun sama ditarik keluar. Apabila telur tak disenyawakan, tu yang kita datang haid.

Bila dengar Dr explain macam tu banyak perkara yang menjadi tanda tanya I:

1. Betul ke kita akan period bila kita keluarkan telur tapi tak disenyawakan? seperti boleh disimpulkan bahawa setiap kali kita period tu memang kita ovulate. Tapi apa yang I baca dari seorang kawan TTC, katanya tak semestinya bila kita period, kita ovulate. Ada sebarang penjelasan kawan2??

2. Bila Dr cakap telur mungkin ditarik keluar ke tiub falopian atau ke rahim semasa liquid keluar, I rasa macam tak betul je sebab mustahil dalam tempoh 10 hari dari hari last period bulan 10 tu I dah ada telur yang matang. Jika betul dah ada telur yang matang dan ia telah keluar tetapi tidak disenyawakan, pasti period akan datang seperti biasa pada CD30 ke atas...tapi mengapa perlu period kali ni terlalu awal?

3. Adakah I akan period lagi pada minggu terakhir November? Buat masa sekarang masih tiada tanda-tanda. Mungkin period seterusnya bulan December dan mungkin berubah kepada pertengahan bulan seperti bulan November. I will see.




 Kalau korang ada pengalaman macam I please share....

Ate' logo

25 comments:

  1. isyk...tak reti nk jawab soklan atie ni... i mmg x de pengalaman cenggini... but i rasa tak mustahil utk period cepat if hormon kita imbalance. Nanti atie jumpa gynes, may be bleh tanya soklan ni kat dia... :-)

    ReplyDelete
  2. Adeh...Yani pun tak dapat ank jawap soalan Atie...buat HSG pun tak pernah, so tak boleh nak komen...betul ckp ST, better tanya pada yg pakar atau ada pengalaman...

    ReplyDelete
  3. 1. x semestinya kita dtg bulan, kita akan ovulate.. Kdg2 telur dah matang tp x pecah2 (x ovulate).. Selalunye disebabkan masalah hormon..

    2. Mungkin jugak darah tu merupakan implantation bleeding.. Mungkin jugak mmg awak period.. Tapi why awal? Mungkin endometrium awak terlalu cepat menebal dan tiada persenyawaan berlaku maka turunlah darah period.. ini juga dikaitkan dengan kecelaruan hormon (progesteron kot)..

    3. Bergantung pada kondisi rahim awak kot...

    Wallahua'lam...

    ReplyDelete
  4. ermmm.iya nk ask pas wat HSG tu bleeding kan?for how many days?iya dulu bleed mcm peod dlm 2hari cmtu je.then stop.mcm kes ummi ni seem mcm bleeding pas wat hsg bape lame then stop pastu bleeding lagi on CD16 ke continuos dari betul2 pas HSG???

    if continuous better jumpe balik tpt wat tu.sbb iya dlu nurse tu ada xplain kalo bleeding bpanjangan and demam sume kena cek smula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup kalau bleeding berterusan better jumpa balik doc tu. Mcm L bleeding lepas hsg je lepas tu clear.

      Delete
  5. I pun dulu after HSG i bleeding jugak..tapi sikit je...1-2 days gitu kot

    ReplyDelete
  6. Atie dah buat HSG yer..L buat kt kpj damansara..doc yg buatkan nurse cuma tlg sedia brg2 je..cepat je n xbyk masalah. Result atie cmna? Gatal2 tu biasa ada yg sensitif dengan cecair yg digunakan tuk hsg tu.
    L rasa jawapan tuk soalan atie tu
    1. Mcm sizuka ckp xsemestinya period tiap bulan kita ovulate. Macam L tiap2 bulan period tp xovulate :D Test darah period ke 21 tu yg result samada kita ovulate ke x. Progrestron test
    2. Pd pandangan L cecair hsg ni bersifat mcm cuci, sbb tu lepas hsg peluang hamil juga tinggi. Means dia mcm clearkan. Darah yg keluar tu mungkin sisa2 darah yg ada dalam rahim, telur2 yg xovulate yg masih melekat di dinding rahim so die cuci skali. Ni apa yg L pernah baca lah.
    3. Kemungkinan period atie akan dtg mcm biasa.
    Ape2 update k. L lpas HSG terus keluar sisa2 darah tp skali tu je la.

    ReplyDelete
  7. Korang...Right after I buat HSG, ada keluar dariah sket2 selama dua hari (ati x pakai pad). Then clean & clear. But 8 hari lepas HSG, kuar darah lagi for 4 days (kena pakai pad). Tu yang buat I risau...Masa tu baru CD16. Tak pe la, 29hb ni I jumpa gynea, boleh tanya pada dia.

    Terima kasih tau bg pendapat dan nasihat. Korang memang lovely ladies!!

    ReplyDelete
  8. yeah mmg kalau kite period tu tak semestinya kite ovulate. darah period yang keluar ialah dtgnya dari lining uterus kite. bile dia menebal, - tanda dah ready utk receive telur yang disenyawakan. bila tiada telur yang disenyawakan dan tak ovulate, lining tu tetap akan menebal dan akan jadi darah period bile shred. our lining menebal sebab progesterone kite naik, triggers our lining utk menebal. bende ni complicated sebab time skolah dulu ape yg kite blajar mcm simple je, ovulate-gagal persenyawaan-period. actually bile TTC ni baru i blaja mcm2 bende..yg rupenye bile hormon kite tak stabil, we can get period but not ovulate, cara nak kenali kite ovulate ke tak during that cycle ialah dari darah tu sendiri..kalau darah byk, mungkin mmg ovulate, kalau darah sikit je, maybe tak ovulate sebab progesterone level kite low, so lining pun tak tebal sgt n tak cukup nak besarkan telur utk di-ovulate..(but it depehahah complicated kan bende ni....but bleeding after hsg is normal sbb mercury yg enters our tube tu mungkin yg menyebabkan kite bleeding tu..nanti u refer pada gynae eh n better tanya psl ovulate ke tak ovulate tu kat die, maybe die akan explain lebih detail kat u :) lotsofbabydust to u atie! :D

    ReplyDelete
  9. Atie, yups tak semestinya period kite ovulate... I period every month (cuma each cycle panjang 40days rather than 28-30 days).. tapi bila buat TVS, showed byk small white pearls dalam ovary - means byk follicle tak matang which tandanya anovulation...

    ReplyDelete
  10. Saya pun sedang mencarr-cari apakah yang berlaku kepada badan saya.. almost the same as what happen to you Atie. Saja saya nak share kronologi sebelom berlaku pendarahan yang amat pelik kenape die keluar sebelum saya patot period.

    First of all, period saya mmg tak teratur selepas 3 tahun kami berkahwin. Sebelum kahwin, period saya mmg setiap bulan regular even lewat pon beberapa hari aje.
    Selepas kahwin, period saya berterabur, kadang2 sampai 3 bulan tak keluar. Disebabkan itu, saya pon pergi jumpa pakar sakit puan, dan doktor nasihatkan saya mengambil pil hormon untuk menstabilkan period. After google dalam internet, i found out pil hormon tu membuatkan kita 3 bulan tidak bole mengandung. So saya tidak ambil pun ubat tu dan tidak continue jumpe doktor. Setelah 2 tahun tak jumpe doktor or follow up to show my initiative untuk mendapatkan anak. Saya sedar umur da meningkat dan saya perlu ambil initiative and usaha untuk mendapatkan zuriat. Kemudian, saya telah mendapatkan rawatan berurut untuk peranakan. For the first time, saya berurut dan berasa amat sakit. btw, sebelom saya pergi berurut, saya telah mengambil pil hormon for 2 months, untuk keluarkan period. Selepas habes berurut buat pertama kalinya, for the next month saya period keluar dengan sendirinya tanpa menggunakan pil hormon. saya terkejot and rasa urut mmg membantu saya. At the same time, saya juga menerima rawatan drp LPPKN. based on LPPKN , saya perlu menjalani rawatan HSG . So perfect timing , setelah saya period secara normal, saya pergi membuat HSG x-ray di Hospital tawakal. alhamdulillah HSG saya tak masalah, flow masuk dan keluar pon baek untuk rahim saya.

    HSG x-ray saya lakukan pada hari selasa, 17 May 2016.
    Selepas HSG, tiada setitik darah pon keluar , cuma liquid yang doktor masukkan je yang keluar.. Setelah bersihkan.. saya dapati tiada darah langsung and tidak sakit seperti mana yang saya google .

    Pada hari jumaat 20 May 2016, saya terpaksa travel ke Sg petani, dan sepanjang tu, tiada pendarahan dan saya rasa normal, cuma rasa gatal di leher. mungkin tak de kene mengene ngan rawatan HSG kot. saya pon tak pasti.

    Semalam (30 May 2016), saya mengalami pendarahan, darah nya keluar merah tanpa sedar sebab terlampau sibuk di office. Terpaksa saya pakai pad. Hari ni (31 May 2016) , darah keluar tetapi semakin coklat.

    Kalau ikotkan doktor HSG cakap, mmg akan berlaku pendarahan sikit selepas rawatan tu complete.
    Tapi kes saya ni , dah almost 2 minggu baru keluar pendarahan.

    Period saya biase akan keluar akhir bulan which terlampau awal untuk keluar period untuk bulan ni.

    Saya sangat2 nak tau ape yang berlaku kepada diri saya supaya saya bole buat precaution. :)

    ReplyDelete
  11. saya br buat HSG hari Jumaat lepas 17 jun 2016.Lepas buat Hsg mmg ade kluar darah skit,sy xpkai pad pn.Tapi slps 3 hari keluar darah merah yg pekat..boleh kata byk jgk smpai kena pkai pad.Saya xpasti skg ni yg kluar darah haid atau kesan Hsg tu.nk solat n puasa pn ragu2 ni..tp sy truskn jgk..perlu ke jmpa doktor?sblm buat hsg sy mmg xperiod dkt 4 bln..tp dktr kata lps test hsg ni kalau demam,bleeding byk kne p emergency..

    ReplyDelete
  12. saya br buat HSG hari Jumaat lepas 17 jun 2016.Lepas buat Hsg mmg ade kluar darah skit,sy xpkai pad pn.Tapi slps 3 hari keluar darah merah yg pekat..boleh kata byk jgk smpai kena pkai pad.Saya xpasti skg ni yg kluar darah haid atau kesan Hsg tu.nk solat n puasa pn ragu2 ni..tp sy truskn jgk..perlu ke jmpa doktor?sblm buat hsg sy mmg xperiod dkt 4 bln..tp dktr kata lps test hsg ni kalau demam,bleeding byk kne p emergency..

    ReplyDelete
  13. Yg blh jd gatal after HSG tu sbb alahan pd liquid tu..bhn liquid tu dr seafood..sy kene mkn ubat alahan sblom jln kan HSG..

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum.. Sy nak share pengalaman HSG harini 22/09/16 di KPJ Damansara.. Dr yg entertain sy ialah dr norhayati mokhty.. 1st nak buat kat KPJ Ampang tp doc on the CD10 sy that't why tukar ke KPJ Damansara asalkan doc perempuan hehe sebelum pergi dah baca pengalaman TTCian semua mmg takuttt ramai bg feedback negative iaitu sakit.. Tp dah lalui sendiri harini yessss memang sakitttt.. Lebih sakit drpd period pain.. Alhamdulillah result sy semua normal takde apa masalah.. Bayaran RM203 sbb refer pakai surat LPPKN.. Kalau refer pakai surat klinik swasta lain harga lebih mahal.. Tp husband keja govt so boleh claim.. Now focused on husband plak sbb sperm kurang.. Apa2 pun this is my 1st time comment kat any blog tp utk info bersama sy share jgk hehe semoga TTCian semua dimurahkan rezeki anak ye

    ReplyDelete
  15. Aslmkm nak tny,sy hsg selasa depan..tp dah ter oopps dgn suami,tp suami pancut luar..bleh ke nak buat test mgu dpn ni?sy bru hbs period,huhu...tolong,xtau nak tny sape dah

    ReplyDelete
  16. Takde masalah. Dia cuma nak masukkan cecair utk cek samada tiub kite tersumbat atau tidak. Dia x cek ade sperma ke tak ... Hehehe

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum.. Sy baru buat HSG td 10.02.2017.. Dlm perjalanan balik ke rumah sy sesak nafas.. Lebih kurang 20 mcm 2.. Minum air dgn rehat kejap baru rasa lega.. Lepas lega Badan rasa panas dan naik gatal2 ngan bengkak2 kat muka...dah mcm gile tergaru2..husben Call hospital dia suruh pergi kecemasan segera.. Dr. Kata alahan ubat masa HSG.. Sblm ni x pernah pulak alahan dgn ubat.. Nasib skrg dah ok.. Tapi skrg sy rasa sakit kat bawah perut belah kanan.. Rasa berdenyut2 dan rasa x selesa dkt bhgian beg perut.. Mmg rasa mcm ni ke lepas HSG..?

    ReplyDelete
  18. Salam.. Hai sy ada bt HSG test dekat SJMC pada 17/8/17..mslhnya skrg bleeding still ada smpai ke hari ni wlwpun darah x kuar byk sgt tp still bleeding jgk la..hari ni (21/8/17) da ari ke 4 lpas bt HSG. Is it normal??

    ReplyDelete
  19. Salam.. Hai sy ada bt HSG test dekat SJMC pada 17/8/17..mslhnya skrg bleeding still ada smpai ke hari ni wlwpun darah x kuar byk sgt tp still bleeding jgk la..hari ni (21/8/17) da ari ke 4 lpas bt HSG. Is it normal??

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum..saya pun dah selesai buat HSG 5/9/17 haritu,Selasa.Alhamdulillah,xsakit.Sy but di KPJ Penang.Lepas HSG,kluar darah skit dgn liquid yg doc masukkan tu.xbyk & xlama.2 Hari ja & bkn melalui saluran yg keluar period tu tp melalui saluran yg doc masukkan alat tu. Slps Jumaat 8/9/17,darah warna coklat kehitaman Mula keluar dr saluran darh period keluar.sy jd mcm Kak atie jgk. Harini,dah 10 Hari darah keluar & still lg byk.risau btol la.huhu.3bln kblkgn ni period sy dtg xbyk.skit ja.mungkinkah darah yg kluar ni disesabkab drh yg menempel di dinning rahim tlalu byk sblm ni?senggugut xrs pn..mntk tlg jika ssiapa yg Ada pglman.huhu

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum..saya baru buat hsg di hukm..doc ckp tiub saya tersumbat n tiub belah kanan normal..ok..selepas buat ada la berlaku pendarahan sikit ptg tu tp xde da lps tu..selepas 4 hari buat mlm tu sy bersama suami sbb pk tgh subur time tu..sy x cuci lps bersama terus tdo..pg tu sy tgk ada tompokan darah cair je..lps tu dah xde..kenapa ye??risau pulak sy..

    ReplyDelete
  22. Hai..sy br bt hsg 30/6/2020 pas bt tu kua drh..tp xbnyk klu kncing bsuh mesti kua.. Sblm nk bt hsg sy pregant 4week pastu gugur.. N bt hsg doc ckp tiub 2 2 xde.. Tp 2018 mmg tiub blah knn dh xde.. Sy jd cnfius

    ReplyDelete
  23. Hai...saya nak kongsi pengalaman buat hsg test..pada 29/09/2020.sebelum nk buat test Tu kene makan ponstan sebijik 1 jam sebelum buat test.saya mkn chocolate snickers sikit sbb nk makan ubat ponstan klu perut kosong takut pedih Hulu Hati.hsg test pukul 8 pagi buat Di hospital pakar sek7..masa nk masuk alat Tu saya Rasa takut juga menggigil kaki...dgn kedaan bilik sejuk sgt2..sakit juga la sikit je..bila masuk dye saya tak Rasa ape2 Alhamdulillah X sakit pun..doctor scan Rahim Alhamdulillah semua ok Kiri Dan kanan.keluar darah sikit.sekejap je buat hsg test dlm 5 minit settel.lepas siap memang X sakit balik rmh dlm pukul 11.30am perut terasa chram sikit X kuat Sgt blh tahan.mkn panadol actifast 1 biji lama2 hilang Rasa sakit..ptg siap pergi giant Kota kemuning Beli brg dapur tapi jln kene slow2 sbb Rasa sakit sikit bila terentak2...mlm pun Sama sakit X kuat Rasa perut mengeras je sebu2 mcm Tu.yg lawak sebelum nk buat Tu siap call hospital nk cancel oppoiment sbb takut punya pasal. baca kat Google mcm2 pengalaman sakit.saya dah Ada ank sulung 13 thn dgn 9 thn.cuma nk tambah Tu yg lama Sgt nk dapat.kita ikhtiar klu Ada lagi rezeki Alhamdulillah.

    ReplyDelete