Monday 22 April 2013

Opah ku sakit

Hari Ahad lepas aku bermimpi yang opah tak sihat. Hati mula tak sedap. Hati Selasa opah jatuh sakit. Rabu mama call cerita pasal opah. Khamis mama bgtau opah masuk wad. Masa tu aku tgh meeting. Rasa nak balik Khamis malam tu jugak. DH kata balik jumaat malam la. Esoknya Jumaat lpas antar DH naik train aku decide nak balik kmpg sorg2 je. Aku tak drive menghala ke office tapi menghala ke highway. Aku kene balik sini semula sebelum pkul 5 sebab kne jemput DH. Mase tengah isi minyak and topup TouchnGo rasa tak sedap ati lak nak balik tak inform hubby. Last2 aku watsapp dia bgtau hasrat aku ni. Nasib baik dia tak marah tapi suh jemput dia kat kl amik dia. Masa tu syukur sangat. Aku dah sampai kl train dia tak sampai lagi. Masa tu duk imagine macam mana la muka abi nnt. Mesti ketat je tgk perangai degil aku ni. Bila dia sampai aku tengok dia senyum je. Fuh lega. Abi kata abi dah agak da...dia dpt rasa bini dia ni mcm nk buat sesuatu di luar pengetahuan dia. Ape pun syukur dia x marah dan ktorg terus gerak balik Perak terus pergi hosp tengok opah. Ni lah kali pertama opah masuk wad. Umur dah 84 tahun. Seriously aku mcm tak percaya. Susah nak terima tgk yg terbaring tu opah aku. Menangis aku tengok dia. Bila aku tlg mama tukarkan pampers dia aku tgk kulit dia yg melecur tu buat aku mengalir air mata. Bila dia jerit2 kata sakit buat aku rasa sedih sgt. Kesian kat dia.. dah 84 thn ni barulah opah dpt darah tinggi. Dr kata ginjal opah pun mungkin ada masalah. Aku selalu doa supaya sakit opah sembuh. Supaya opah tak ada sakit lain lagi. Supaya opah panjang umur. Balik kali ni aku dpt jaga opah kat hosp. Ari ahad kami minta Dr keluarkan opah. Kami nak jaga kat rumah. Ahad petang sebelum aku balik kl aku tukar pampers dia...masa tu aku ambil kesempatan utk minta maaf. Sepanjang dia jaga aku dari kecik aku banyak buat slh dgn dia. Sebelum pape2 aku nak minta maaf dulu

Pinas: opah....pinas ni...
Opah: ye...ngape
Pinas: pinas nak balik dah...
Opah: oh kamu balik kmpg ye. Bape lame kamu ada kat sini
Pinas: 3 hari dah...dari ari jumaat
Opah: oh balik kmpg tgk opah ye
Pinas: opah....pinas nak mintak maaf...salah silap pinas kat opah
Opah: ye le...aku pun nak mintak maap..banyok kurangnye aku ni

Adui..masa mintak maaf dgn dia diri ni dah sebak. Bila dia pulak yg minta maaf tak boleh tahan dah menangis teresak2. Kesian kat opah sakit. Mata da buta. Badan dah x kuat.tak boleh bangun tak boleh jalan da. Berak pun dah tak sedar. Kulit melecur.

Opah antara org yg plg penting dan rapat dlm idup aku. Dia yg jaga aku dari kecil. Tiap2 ari tido dgn dia. Sampai aku dah masuk U baru kurg tido dengan dia sebab adik aku dah ambil tempat aku.Sedih yg teramat tgk keadaan dia skrg ni. Sukar untuk lihat kesakitan yg dia hadapi.

Ya Allah, kau sembuhkanlah opahku. Jauhilah dia drpd menanggung kesakitan. Kau panjangkanlah umurnya Ya Allah.

No comments:

Post a Comment