Monday, 1 June 2015

Rawatan alternatif part 1

Assalamualaikum...

Lama sangat dah tak post entry di blog. Hari ni ada cerita nak kongsi, boleh la post sesuatu.

Last Friday, saya balik kampung di Perak. Beberapa hari sebelum balik, pak chor (pakcik sy) call ajak pergi berubat. Tengok apa masalah kenapa masih belum pregnant. Masa tu rasa macam tak perlu pun pergi berubat pasal saya dah tahu apa masalah fertility kami suami isteri semasa buat rawatan di MAC sebelum ni. Tapi mengenangkan pakcik yang sangat perihatin dan mama juga nak berubat, maka saya turutkan juga. Appointment set pukul 10.30 pagi hari Sabtu.

Mulanya saya tak pasti rawatan jenis apa yang sepasang suami isteri ini lakukan. Setelah sampai, saya lihat banyak gambar-gambar kaki dan urat saraf di dinding bilik rawatan serta pam bekam. Barulah faham mereka tawarkan rawatan refleksologi dan bekam. Terfikir juga bagaimana rawatan ni dapat membantu masalah kesuburan.

Suami saya diuruskan oleh pakcik manakala saya diuruskan oleh makcik. Makcik urut kaki dan tanya jika saya rasa sakit dimana-mana. Kena tempat yang sakit memang menjeritlah saya.

Tempat yang saya rasa sakit adalah:

1. No. 69 (sendi pinggul)
2. No. 70 (dubur/rektum/usus)
3. No. 71 (titik hormon)
4. No.79 (tulang belikat)

Subhanallah, menakjubkan. Sebab apa saya kata macam tu sebab semua point2 yang saya rasa sakit bila diurut tu memang saya ada masalah. Memang kerap berasa sakit di tempat2 tu. Saya memang selalu sakit di bahagian sendi pinggul, juga ada masalah membuang, juga kerap sakit tulang belikat dan masalah hormon sudah tentu sebagai seorang PCOS. Tidak pula rasa sakit apabila diurut di point reproduktif seperti 72, 78, dan 82. Makcik cakap rahim saya sihat, berada dalam keadaan yang baik. Sepupu saya, anak pak chor turut ikut. Telah kahwin hampir setahun belum ada rezeki. Banyak tempat dia rasa sakit sampai senget2 badan menahan sakit. Makcik cakap saraf rahimnya tidak berada dalam kedudukan yang betul. Terkebawah sedikit. Makcik urut betulkan. Kesian tgk sepupu saya merengek kesakitan.

Suami pula semua point reproduktif dia rasa sakit termasuk sendi pinggul. Pakcik cakap dia ada masalah reproduktif. Lawatan pertama ni dia kena bekam 3 tempat. Lawatan akan datang hubby kena urut 1 badan dan urut khas di dia punya. Termasuk bekam di situ. Hee, ngeri. Makcik cakap saya kena bekam di ari-ari. Seriaunya dengar. 

In shaa Allah bulan depan rawatan seterusnya. Mudahan usaha kali ini diberkati dan membuahkan hasil yang baik. Usaha dan tawakal shj pada Allah. Allah sebaik-baik penentu. Mudahan dapat menamatkan penantian menjadi ibu dan ayah kepada amanah Allah s.w.t.

Ate' logo!

9 comments:

  1. jauhnya kat perak... tapi bekam mmg bagus kan atie...i x penah cuba lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kita. seriau nak bekam di ari-ari

      Delete
  2. Insya Allah semoga segalanya dipermudahkan...setiap usaha ke arah kebaikan ada ganjarannya nanti :)

    ReplyDelete
  3. sis, tempat perubatan tu dimana ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di Kampar, Perak. Pasangan ni buat di rumah mereka.

      Delete
    2. Di Kampar, Perak. Pasangan ni buat di rumah mereka.

      Delete
  4. assalam sis..salam perkenalan..bila dah bekam sila update yer..nk try gak..tp takut n was2...

    ReplyDelete
  5. Sis , saya nak no telefon pembekam tu boleh ?

    ReplyDelete
  6. Sis , saya nak no telefon pembekam tu boleh ?

    ReplyDelete