Monday 25 November 2013

Weekend & Ariq

Assalam...

Hai korang...sihat ke?
I sihat je cuma keletihan. Harini I kena bagi ceramah kursus untuk staf2 di tempat kerja. In-house training macam tu. Alhamdulillah dah selesai. Sesi I pagi tadi sampai tengahari. Petang ni pegawai lain pulak yang bagi ceramah.

Sebut pasal keletihan ni bukan sebab hari ni tapi letih dari 2 minggu lepas sampailah weekend baru-baru ni. 2 minggu lepas I outstation ke Kuantan 11-17hb. Bertugas di event HPPNK 2013. Letih berdiri, melayan customer. Lepas tu I ada 1 minggu untuk siapkan kerja2 yang tertangguh sepanjang outstation dan slide untuk bagi ceramah. Letihnya tu sampai I berangan weekend ni nak duk relaks kat rumah, kemas rumah, berkebun dan touch-up slide presentation I dengan tenang. Bukan senang nak dapat peluang duk kat umah hari weekend. Selalunya ada je program. Balik kampung I, balik kampung husband, ikut husband pergi memancing la, oustation la, dan macam-macam lagi. Rasa macam heaven je dapat spend masa berdua dgn DH kat rumah.

Alih-alih angan tinggal angan je lah. Jumaat malam DH bagitau abang dia nak datang umah Sabtu ni sebab anak abang dia rindu kat DH. Kat rumah asyik sebut nama suami I je (dia panggil Acik Awi). Mak ayah dia dah tak tahan agaknya sebab dari minggu sebelum I pergi Kuantan haritu tiap2 hari tanyakan DH, diorang bawak jugak la anak diorang datang umah kami. Ariq namanya. Umur 3 tahun. Baru je sambut besday awal  bulan 11 haritu. I ingat diorang nak balik hari la rupanya tido kat umah. Sebelum ni diorang tak pernah tidur kat rumah kami kecuali masa semua adik-beradik DH & mak ayah dia datang ke rumah dulu berkumpul buat makan-makan.

Hari Sabtu lepas, diorang sampai tengahari. Pagi tu DH & I pergi beli barang2 nak masak, DH pun xbgtau yang diorang nak tdo kt umah. Nasib baik ada beli lauk lebih untuk masak makan malam sekali. Selalunya weekend kami tak masak malam. Makan lauk tengahari je. Bila ada tetamu mestilah kena layan dengan istimewa.

Yang membuatkan I letih adalah melayan kehendak semua orang terutamanya Ariq....ini memang pembelajaran yang sangat bagus buat I sebagai seorang Isteri. Dah kahwin bukan perlu melayan suami je tapi semua ahli keluarga dia. Suka tak suka kena buat jugaklah dah tanggungjawab kan. Cuma rasa letih sangat sebab biras I yang ni tak ringan tulang menolong. I masak pun sorang2. DH pun tak tolong sibuk dengan urusan bisnes dia. Lepas tu anaknya memang betul2 buli I. Kaki I ni kalau boleh bercakap die menjerit2 dan menangis dah. Tak duduk diam dari pagi sampailah malam dan sambung keesokan harinya. Kucing I pun kena buli dengan Ariq. Biasalah budak2 baru nak besar. Tapi yang hairannya mak bapak dia buat tak tahu je. Sepanjang masa, memang Ariq nak dekat kitaorang je sampai mak ayah dia cakap yang Ariq dah tak pedulikan diorang. Diorang panggil, dia buat tak tahu je.

Pagi Ahad, I bgtau DH yang I penat sangat. DH cakap tengahari tak payah masak sebab dia nak bawa makan luar kat Sate Kajang. Masa tu happy sangat dia memahami. Gembira I tak lama sebab Ariq mintak dukung. Adohai...xmau kat mak ayah dia pulak tu. Dia mintak dukung kat I. I jugak la yang dukung dia. Terkebil2 I...kenapa la DH pun tak offer diri nak tolong I. Konfius betul masa tu. Menapak la dari basement PKNS Shah Alam tu naik tangga sampai ke Restoran Sate Kajang Hj Samuri. Rasa nak patah pinggang I.

Masa pergi order makanan I pergi dengan DH. Yang lain tunggu kat meja. I ambil peluang tanya kat DH kenapa tak tolong dukungkan Ariq biar je I yang dukung dia. Dia jawab sebab Ariq pergi kat I dan dia tengok I dah angkat Ariq, so dia biarlah. Adoi Abi...kena perihatin sket ye. Kesian kat isteri.

Dalam kereta macam biasa Ariq xmau duk belakang dengan mak ayah dia. Peha I yang empuk ni jadi pilihan dia. Sepanjang dalam kereta pun duk bermain lagi dengan I. I letih sangat dah sebenarnya tapi layankan jugak. Budak2 kan...tahu tak game apa? Dia jadi Polis, I jadi penjahat. Dia tembak I, lepas tu dia suruh I pura2 mati hihihi...Ulang scene yang sama berpuluh2 kali.

Balik je rumah semua terus tido. I soranglah melayan Ariq main. Tak dilayan kang dipukulnya I. lagipun I risau dia buli Bona, kucing I. So I mainlah sama2. Bona bila nampak Ariq je terus lari sebab ari suka pukul dia, baling dengan mainan, kejar dia. Haha Bona pun takut dengan Ariq.

Duk tengok DH & mak ayah dia baring tido keletihan sambil tengok Ariq aktif bermain tak henti2 I terfikir...Macam ni rupanya bila ada anak. I diberi Allah 2 hari merasai menjadi ibu kepada seorang budak kecil. Susah sebenarnya. Memang sangat meletihkan. Tiba-tiba I rasa macam I ni tak ada sifat keibuan. I tak pandai langsung didik budak. Apa yang dia nak I ikutkan je. I bukan jadi mak tapi jadi kawan sepermainan dia. Dan setiap apa yang I buat I mesti fikir betul ke apa yang aku buat untuk Ariq ni atau pun sepatutnya tak boleh begitu harus begini. Pelbagai persoalan dalam otak I ni. Finally, I ikut je apa yang dia nak. Nampak sangat I tak pandai jaga budak. Tiba-tiba I sedar memang ada hikmahnya kenapa I masih belum ada anak sekarang ni. I memang seorang yang tak bersedia lagi. Dari segi ilmu, kekuatan emosi, fizikal, mental dan rohani. I takut membayangkan jika I ada anak nanti I masih orang yang sama. Dalam proses TTC ni lah kita belajar dan melalui proses menguatkan hati, semangat, emosi, fizikal, mental dan rohani kita. Allah beri peluang sebab kita istimewa tak sama macam orang lain.

Biras I tu rasanya tengah mengandung anak 2nd sebab I tengok dia asyik muntah-muntah je. Bila I tanya tak sihat ke dia kata lebih kurang la...Dia panggil Ariq pun Abg Ariq. Sekali sekala ada dengar dia cakap yang dia loya2 dan teringin nak makan sesuatu. Sepanjang kat rumah memang dia baring je depan TV dan banyak tidur. Ariq datang dekat dia pun dia tak bagi sangat and selalu protect perut dia. Dalam kereta pun dia pesan kat DH bawak kereta baik2 jangan langgar lubang. Lepas makan I tengok dia mengah2 macam keletihan. I ada tanya DH, dia pun tak tahu. Sebelum ni dah pernah 2 kali preggy tapi gugur di awal2 kehamilan. Masa tu memang diorang inform ahli keluarga terus. This time maybe nak senyap2 je sebab takut pape jadi kot. I pun malas la nak tanya lebih2.

Diorang balik sebelah petang Ahad. DH memang betul2 pengsan. Tidur petang, magrib baru terjaga. Letih sangat. Bangun terus minta makanan, katanya lapar. I letih nak masak. Nasib baik dia tak bising terus bangun buat lempeng. Makan dengan sambal tumis I buat pagi tadi untuk nasi lemak. Malam tu abg ipar I post gambar Ariq tengah pening tengok mainan lori dia rosak. Ariq cakap lori Acik Awi rosak. Ktorang suami isteri gelak je..

Agaknya bila budak dapat rasa nak dapat adik memang dia suka tumpang kasih kat orang lain ke? Sebelum ni Ariq takde la macam ni manjanya dengan kitaorang. Selalunya buat dek je.

Korang ada pengalaman macam I? boleh la share together2 hehe :)

Ate' logo

5 comments:

  1. L xda pengalaman camni.. tp L pn kadang terfikir mampu ke L bila di kurniakan anak nanti. Xpelah yg harap dugaan cmni mematangkan kite jd ibu yg baik kann hehe

    ReplyDelete
  2. That it why I always think that Allah knows best when I'm ready. But then, perhaps, with the pregnancy process, kita akan lebih bersedia as kita dah boleh set mind yg kita nk ada anak and bertambah tanggungjawab.

    Setakat yg i pernah dgr, selalunya bila nk dapat adik, anak sebelum tu akan lebih nak manja2.

    ReplyDelete
  3. hehehee...mcm tu la i fikir bila jaga my 2 anak buah sebelah hubby.... kadang2 dah tak larat i naik je atas biarkan diorg dgn hubby and i take a nap...wakakakaka jahat tul i...

    ReplyDelete
  4. Sama la ngan anak buah hubby. Afiq namanya.. kalau tau ktorg blk, sibuk dia nak tunggi ktorg kat umah nenek dia.. ke sana sini ikut pak long.. kuar g bandar sume nak ikut.. hubby ikutkan aje. beli mainan, makanan, mcm2 la.. hehe.. tp die x nakal.. memdengar kate. Cume ngembeng je.. hahaha

    ReplyDelete
  5. Babe, memang ada anak kecil kita memang kena bersedia mental dan fizikal. For us yg ttcian ni akan agak terkejut la once entering motherhood sebab dah biasa berdua dan tenang je kat rumah kan. Life memang totally different once anak dilahirkan. Macam bila balik kerja kite penat gile2 tapi anak meragam sebab demam or nose blocked ke, nak tak nak we have to face them. Penat memang tolak ke tepi. Pengalaman ttc maybe helps kita jadi kuat.. but still i rase i struggling to be a great mom.. trust me.

    ReplyDelete