Monday 25 November 2013

Dugaan untuk rezeki yang lebih baik

Assalam...

I ada satu benda nak share dengan korang...

Apa yang I perasan...I selalu dapat dugaan yang berat tiap kali nak dapat rezeki yang lebih baik...

Sebagai contohnya...Masa I dapat rezeki kerja Gov, I kena keluarkan duit RM5000 lebih bayar pada company lama I untuk tinggalkan company tu. Bayar salary in lue. Berat rasanya tapi gara2 bos berat hati nak lepaskan I dia buat gitu lak kat I. Tapi apa pun I syukur sebab bukan saja nak kerja Gov tapi lebih dekat dengan tempat kerja bakal suami masa tu. Angan I nak duk Shah Alam, Allah makbulkan.

Contoh ke-dua, masa I menghadapi kesulitan nak buat pinjaman perumahan Allah duga I dengan kehilangan gelang kahwin (mahar perkahwinan) I di kawasan tempat kerja. Memang hilang terus tak dapat jumpa sampai sekarang. Alhamdulillah akibat redha dengan kehilangan gelang tu dan tawakal kepada Allah setelah mencuba membuat pinjaman ke beberapa bank, saya berjaya beli rumah.

Contoh ke tiga, I ada masalah dengan assistant i sampai tak bercakap. Ada miss communication sampai masing2 mengelak daripada jumpa. I tertekan sangat masa tu. I rasa taknak kerja. I hilang fokus. Dalah dugaan tu Allah duga I dengan kemalangan depan pintu pagar pejabat. Lepas dari tu heboh satu opis yang I accident. Dan masa tu hati I seolah2 di lembutkan Allah dan I sendiri pergi jumpa assistant I dan minta maaf. Masa tu memang I menangis sebab rasa sebak sangat. Dia juga minta maaf pada I. Lepas daripada tu, I dah tak kesah sangat apa dia nak cakap kat belakang I tapi yang penting kerja dia buat dan siap.

Setakat ni itulah dugaan2 yang I tengok obvious sangat macam mana I kehilangan sesuatu tapi Allah gantikan dengan yang lain dan permudahkan urusan I dengan baik.

Lately...I tertanya2..agak2nya apalah dugaan yang Allah nak beri jika Allah nak kurniakan rezeki anak kepada kami berdua? Cepat2 I istighfar dijauhkan dari dugaan yang kami tak mampu lalui. Dan permudahkan urusan kami untuk mendapatkan zuriat.

Korang ada pengalaman macam ni tak? Kalo ada jom share dengan I...

Ate' logo

7 comments:

  1. Semoga atie tabah .. L pn banyak. Sebab tu kalau jadi pape bykkan sabar. sentiasa berbaiksangka dengan-Nya.

    ReplyDelete
  2. Ustaz Ebit selalu cakap,bila Allah uji, maknanya ada rezeki/Rahmat besar Dia nk bagi kita. Agree mcm L, bersabar dan sentiasa berperasangka baik...

    ReplyDelete
  3. apa yang atie kata tu maybe betul jugak. mcm sekarang ni, saya tgh pening kepala sbb baru berhenti keje. hutang tgh byk gila plak ni. serabut fikir. tapi maybe ada hikmahnya..insyaallah...marilah kita sama2 bersangka baik ye.

    ReplyDelete
  4. farhah pun mcm atie. farhah kene usaha sungguh2 untuk dapat ape yg farhah nak. bukan main dapat macam tuh. some people boleh dpt senang je kan? farhah kene berkorban something to get some better things. contoh gelang kaki farhah hilang. dah la husband bg on our 1st anni. after that, Allah swt bagi rezeki dengan offer new job yg salary lg tggi dri yg skang. so, alhamdullillah. tgh kumpul duit nk cover balik gelang kaki yg hilang tuh. :)

    ReplyDelete
  5. Benda yang sama berlaku pada Yani, dari mula kerja sebagai kerani sampai la jawatan sekarang, ade hikmah yang bila kita renung balik, manis sebenarnya hikmah Allah nak beri sesuatu dalam hidup kita ni.

    ReplyDelete
  6. I percaya tu..I dulu kalau bab belajar, memang struggle. Rupa2nya Allah nak bagi I senang cari kerja sebab banyak bidang I boleh teroka. Tapi sekarang unemployed semula so I bersabar walaupun hati sedih, tetapkan dalam hati yang semua ni kejap je

    ReplyDelete
  7. Salam ati, saya student baru phd di kamphaeng saen. hopefully ati dpt bkongsi maklumat tinggal sini. huhu. sunyi nya xde org malaysia.

    ReplyDelete