Sebenarnya hati ni berat nak wat entry ni. Sedih pilu ase hati ni. Bergenang air mata bila mengingatkannya kembali.
Last time I ada beritahu perkara yang tak sedap didengar masa IUI aritu.
Pada hari kejadian perut & pinggang I sakit betul. I believe it was because of the ovulation. Kedua2 belah rasa sakit but sebelah kanan lebih sakit. Ovary sebelah kanan lebih banyak telur dan saiz besar2. Memang tak senang duduk i. Rasa sakit macam senggut time period. Duduk salah. Berdiri salah. Dari pukul 8 pagi menunggu, pukul 11 baru prosedur dijalankan.
Berita yang tak best tu adalah keadaan sperm suami. Terkejut apabila diberitahu bilangan sperm sangat rendah. Pre-washed hanya 0.4 juta dan selepas dicuci jumlah tidak dinyatakan berapa tapi analyst tulis kat form "few alive sperm seen". I tanya nurse maksudnya berapa yang ada. Dia terkedu dan tak boleh nak jawab. Dia cuba tenangkan kami dan nasihatkan kami supaya banyak2 berdoa kerana semuanya adalah kuasa Allah.
Masa sebelum prosedur Dr ada mention yang sperm sikit tapi I tak tengok lagi form tu so tak tahu 'sikit' macam mana. Dr ada tanya hubby ada buat apa2 ke sebelum ni. Dr juga risau jika hubby ada jangkitan kuman. Masa tu hubby juga tak tahu berapa 'sikit' yang dimaksudkan Dr. At that time kami masih fikir yang baik2 aje.
Prosedur dijalankan dengan lancar. I tak ada rasa sakit apa2. Mungkin dengan bantuan nurse yang suruh I berselawat dan mengajar teknik menarik nafas.Sepanjang prosedur I mulakan dengan berselawat, membaca ayat kursi, menbaca doa nabi zakaria dan berzikir Ya Khaliq, Ya Bari, Ya Musawwir. Setelah selesai Dr bacakan doa. Kami tak dapat dengar dengan jelas sebab Dr baca perlahan je. Pun begitu I rasa sebak. Dr keep saying to berdoa supaya ada 1 sperm berjaya bersenyawa dengan telur.Mengalir juga airmata ni. I berehat selama 1 jam di bilik IUI. Tidak mengiring ke kanan atau ke kiri kerana kedua2 belah ovary ada telur yang matang. Hubby sentiasa disisi sepanjang prosedur dan sama2 berzikir dengan I. Air mata ni duk mengalir je dan hubby tenangkan.
Selesai rehat, hubby pergi settle bills dan beli ubat Dusphaton & Progestrone. I diarahkan untuk datang selepas 10 hari prosedur untuk cek darah. Sebelum balik tu la nurse serahkan form result sperm hubby. We were very shocked to see it. Susahnya nak terima time tu. Ya Allah sedihnya....sedih sangat. Especially bila nurse tak mampu nak jawab berapa sebenarnya sperm yang hidup tu ada. Dia suruh kami berdoa dan serahkan kepada Allah s.w.t.
Kesian hubby. Dia sangat kecewa. Dia macam give up. Dia kata lepas ni tak nak dah buat treatment. Tak nak dah makan ubat. I sangat risaukan dia. I cuba tenangkan dia. Dalam masa yang sama I cuba tenangkan diri sendiri juga. Berat sungguh dugaan Mu ni Ya Allah.
Sehingga ke hari ni 3dpiui (13/1/2014) I ambil bacaan BBT. Bacaan semakin menaik kecuali pagi tadi bacaan dah turun. I tawakal je pada Allah. Namun I sangat mengharap IUI ni berjaya. Until today masih tak ada spotting apa2 lagi. Dan I tak ada alami sebarang simptom pening ke, bloated ke, mabuk ke, apa2 pun tak de.
Alhamdulillah sampai hari ni I mampu bangun malam solat sunat tahajud. Pagi buat solat sunat dhuha. Tp hari ni dah miss sebab keluar tadi bawa kucing2 pergi vet. Lewat sampai rumah. Dan I amalkan membaca surah maryam setiap hari. Waktu magrib kalau tak mengaji I buat solat sunat hajat. Ibadah ajelah yang mampu tenangkan I.
Kawan2...I nak jadi orang yang tabah. I nak jadi orang yang boleh terima kegagalan. I nak jadi orang yang kuat. I nak jadi orang yang tak kan putus asa. Dan paling penting I nak jadi hamba yang sentiasa yakin padaNya. Allah...kuatkan aku. Sesungguhnya aku hambaMu yang lemah.
Jumpa lagi.