This blog would tell you the journey of a wife who's really wanted her own child, her own house, a career, an ideal body weight and a happy family with her husband, her mother and her siblings
Thursday, 21 March 2013
Trip to Tunamaya Beach & Spa Resort (Part 1)
Ok, saya buat reservation tak sampai pun 2 minggu ke tarikh anniversary kami. Masa tu memang tengah mencari-cari tempat nak bercuti dan kebetulan tengok blog Nina Aman ada buat post tentang Tunamaya. I buka link yang Nina bagi dan surprisingly I nampak ada promotion start from Jan to Mac. Syukur anniversary kami memang dalam bulan Mac dan I mula buat calculation tengok kami boleh bayar tak kos tu semua.
Ok, picture kat atas ni la iklan promotion dia. I pilih 3 hari 2 malam je. Seorang RM938, jadi kami pergi berdua harga jadi RM1876. I upgrade our room ke Beach Villa sebab I nak kan beach view daripada bilik kami. So kene la tambah RM400 for 2 night and 2 persons. So, total is RM2276.
Untuk harga RM2276 dah termasuk semua dah. Penginapan kat beach villa, pengangkutan pergi dan balik feri dari Tanjung Gemok/Mersing --> Kampung Genting --> Tunamaya, makan tengah ari, makan malam, breakfast dan semua yang tersenarai kat dalam picture kat atas tu. Kalau korang nak naik flight pun boleh iaitu daripada Mersing ke Tioman. Airport dia kat Kg Tekek. Daripada situ, bot Tunamaya akan ambil korang bawa ke resort.
15th Mac 2013
Pukul 7.30 pagi kami dah gerak dari Bahau (rumah PIL) ke Tanjung Gemok. Masa yang diambil lebih kurang 3 jam. Sampai je kat sana kami bayar parking RM10 untuk 1 malam. Jadi untuk 3h 2m kene bayar RM20 je la. Tempat parking tu memang selamat sebab dia di dalam kawasan berpagar yang akan dikunci pada waktu petang dan ada pak guard yang akan jaga. So, tak payah risau sangat. Then, kami pergi ke kaunter Tunamaya untuk dapatkan tiket feri. Dia bagi tiket balik sekali, so simpan baik2 la jangan hilangkan. Lepas tu kami pergi register nama kami kat kaunter feri. Sape yang belum beli tiket diorang kena la beratur kat kaunter tu. Macam kami ni dia ada sediakan meja untuk daftarkan nama. Selesai register, kami pergi ke kaunter Taman Laut untuk bayar yuran Taman Laut. RM5 je per person. Tiket tu valid untuk 3 hari. So kami beli 1 sahaja untuk setiap sorang. Kalau stay 4 hari kena bayar lebih la. Ok kemudian kami pergi ke ruang menunggu. Jadi saya nak pesan kat korang yang nak ke Tioman, sila bawa air minuman (mineral water) secukupnya untuk keperluan korang dan makanan2 lain seperti meggi, jajan dan apa2 yang boleh mengenyangkan especially kalau korang yang jenis sentiasa nak makan. Contoh terdekat ye, my DH memang jenis suka makan. Bila boring nak makan. Tengok tv nak makan, lepak tepi laut nak makan, so siap sedialah bawa la sebanyak mana makanan yang boleh. Kita orang melayu ni tak macam orang putih. Dia boleh isi masa dengan baca buku all the time almost berbogel kat tepi pantai tu. Kalau macam DH dia nak isi masa dia dengan makan. Bila tak ada benda nak makan memang dia susah hati la. FYI, kat sana logistic sangat susah ye nak pergi shopping makanan ke apa ke memang tak de la unless u all sanggup bayar duit bot tu yang I rasa baik tak payah sebab mahal jugak la. So, once again I nak bagitahu, kalau korang sama jenis macam my DH better bawak la meggi, air mineral(paling penting), keropok2 dan lain2. On more thing, sila makan dulu ye sebelum korang naik feri. Kalau boleh sebelum sampai Tanjung Gemok atau Mersing tu korang singgah la mana2 makan dulu yer.
Bila feri dah sampai, korang sila alert ye. Macam DH & I tak alaert sangat tau. Kami biarkan je penumpang2 lain naik dulu. Kitaorang sempat pergi beli wafer lagi sebab masa tu I lapar sangat2 sebab kami tak singgah mana2 pun untuk makan tengahari. Kami ingat semua orang akan duduk ikut no seat yang tertera pada tiket but hell NO! Diorang main taram je dan kitaorang yang lambat ni tak dapat la tempat duduk yaang next to window. Tak syok sangat la tak dapat tengok laut dengan jelas. Tempat duduk dalam feri memang sempit yer. Bertahan la sekejap. Perjalanan mengambil masa dalam 1 jam lebih juga. Kalau daripada Mersing lebih lama sebab Mersing ke Tioman lebih jauh berbanding dari Tanjung Gemok ke Tioman. Kami sempat la tidur. Puas jugak la tidur hehe. FYI, kalau naik daripada Tg Gemok, dia ada 1 trip shj sehari ke Tioman. Kalau dari Mersing memang ada banyak trip so kalau naik daripada sana tak payah risau sangat ada banyak trip kan. Mostly yang datang ke Tioman memang naik daripada Mersing. In fact, kat sana pun ada aiport untuk naik flight ke Tioman. Tiket feri simpan baik2 sebab diorang akan collect dan dia akan tanya kat jeti mana korang nak berhenti nanti. Dalam ramai2 tu DH&I je yang nak berhenti kat jeti Kg. Genting. Masa tu pelik jugak diorang ni nak ke resort mana. Nak ke Tunamaya memang kena berhenti kat jeti Kg. Genting.
Sampai je sana, staf Tunamaya dah tunggu. Cara nak cam dia pakai t-shirt dengan logo Tunamaya. I sampai2 je dia dah tegur I dulu dan greetings kami. I minta dia ambilkam gambar kami berdua. Lepas tu dia tak terus bawa naik bot tapi dia allow kami nak rehat kat situ dulu like nak makan ke atau nak shopping apa2 ke. FYI, kat Kg. Genting tu ada beberapa kedai makan la. Harga dia ok, murah jugak. Nasi Goreng dalam RM4..kira ok la kan. Kemudian, kat situ ada banyak kedai yang jual cenderahati seperti t-shirts, seluar, topi, segala pakaian yang sesuai dengan percutian di pantai la. Kami lunch kat sana dan beli seluar 2 helai kat situ. Jangan lupa nego harga ye. In shaa Allah boleh dapat murah. Silap kami kat sana tak beli air mineral atau pun megi. Ada kedai yang jual tapi kami tak beli. Kami ingat sebotol air mineral dan sebotol keropok Mr. Potato tu dah cukup memenuhi keperluan. Tapi kami silap. So, korang ingat ye bawa la air mineral secukupnya. Dah sampai Tunamaya susah da nak keluar balik...Ok, dah settle makan, perut pun da kenyang, seluar pun da beli, kami dibawa ke bot. Diorang masukkan beg kami dulu kemudian baru kami naik. Perjalanan dalam 20 minit je dah sampai Tunamaya. Dari jauh pun da nampak cantik tempat tu. Apa yang buat I tertarik sangat adalah warna air laut tu. Nampak biru je...biru muda yang sangat cantik.
Staf Tunamaya bawa kami ke lobby dan kat sana kami disambut dengan senyuman dan dia bagi kami duduk dan serve minuman serta towel sejuk. Memang best sangatlah dpt towel sejuk tu sebab masa kami sampai tu memang cuaca panas sangat. Dapat lap kat muka memang heaven. Welcome drink tu memang sejuk tapi masam sikit heheh. Lepas tu Farah, receptionist kat situ approach kami dan borak2. Friendly sangat. Then dia minta deposit RM400. Actually, masa booking tu I wasn't informed about that so I memang tak tahu pulak kena bayar deposit. I told her so. Then pun kata tak pe la since tak ada orang inform I pasal tu so dia tak de la paksa I bayar deposit RM400 tu. Bagus kan diorang. So, kalo korang nak bayar deposit tu pun tak de masalah. Actually I memang ada bawa duit lebih tapi duit tu I nak simpan in case of emergency especially kami driving kan takut jadi apa-apa so duit tu mungkin dapat membantu. Then dia bagi kunci bilik. Sebelum pergi bilik I tanya dia tentang trip ke Asah Waterfall minta dia arrange kan bila boleh pergi. Setakat tu everthing went smoothly, DH&I rasa sanagt selesa dengan layanan diorang. FYI, kami adalah the 3rd Malay couple yang datang ke Tunamaya since mereka buka pada Jun 2012!! Why?? Nanti I cerita ye. I need to go since I got a meeting lepas Zohor ni.
Sebenarnye I pun tak suka baca entry yang banyak sambungan ni but this time I terpaksa buat sebab ia memang panjang lebar. Heheh!
ok,
Ate' logo
Wednesday, 20 March 2013
Our first anniversary at Tioman Island
Hai, apa khabar semua...Harap sihat-sihat semua ye. Rasa macam dah lama tak update. Padahal baru Khamis lepas saya update kan. Sebenarnye, sekarang dah tak banyak masa boleh luang untuk BW. Sadis betul. Tak kira, lepas ni nak cari jugak masa untuk BW so that saya tak ketinggalan progres kawan-kawan TTC.
Actually, last 15th until 17th Mac, DH and I pergi Pulau Tioman. Kami celebrate our first anniversary on 16th Mac. Why Tioman? Entah la, plan ni very last minit. Tak sampai dua minggu lagi nak sambut ulangtahun baru saya terhegeh2 nak cari tempat untuk bercuti. Kebetulan tengok blog Nina Aman dan dia ada buat post tentang Tunamaya Beach & Spa Resort, saya pun gatal tangan klik link yang dia bagi. Macam jodoh gitu, saya tertarik at the first sight. Then, saya tengok ada promotion which is valid until end of Mac. Saya wat calculation sikit dan tengok2 the price is in budget. Inform DH dan macam biasa dia ikut je, so I made the reservation. So, saya nak ucap terima kasih kat Nina sebab macam bagi idea pada saya kat mana nak sambut our anniversary. Sorry, saya dah perlu dulu. But, to tell u the truth, u tak akan dissappointed spending ur time and money kat Tunamaya. Memang best sangat....sebab pergi sana nak honeymoon kan..so memang the best place to
Ok, setakat itu sahaja.
Ate' logo
Friday, 15 March 2013
Debunga kurma & Petua
Hi everyone...
My GL dah siap and it is valid for 3 months. After our fisrt anniversary I will call HUKM. Hopefully before Jun boleh mula dah.
Next, last few weeks I ada kirim debunga kurma pada staf opis I yang pergi Umrah.I cerita kat dia I dah lama tak period. I minta dia doakan sekali. Mungkin berkat doa dia, Allah makbulkan, I datang period masa dia kat sana. Who knows?? Dia da balik pun. Debunga kurma tu I tak sempat ambil daripada dia lagi. Banyak mana tak tahu cuma dia bg tahu harga dalam RM30 duit kita.
Last but not least, ada seorang ustaz bagi petua kpd my mom sebab my mom pergi minta pada dia. It was about how to get pregnant after waiting so long la.
Campurkan buih2 air beras yang keluar masa nasi yg kita masak tu menggelegak dengan 3 butir garam jantan dan satu sudu kismis. Blend, Bahagi kepada dua. Masing2 suami 1, isteri 1. Genggam tangan, selawat kpd nabi dan niat supaya kita sihat, sistem peranakan kita sihat dan kita boleh cepat mengandung, kemudian minum...
Amalkan seminggu 2 kali....
Ok setakat tu saja...
DH & I nak pergi sambut our very first anniversary. Sekarang tengah siap-siap nak gerak. Curi masa sikit update blog.Tolong doakan kami berdua selamat pergi selamat balik ya.
Ate' logo
Wednesday, 6 March 2013
My little step for treatment
Sekarang dah bulan 3 pun kan. Our anniversary is soon, less than 2 weeks. I hope DH remember his promise on getting fertility treatment once our marriage reached 1 year. I tak buat apa-apa yang drastik pun cuma I dapatkan reviews on hospitals mana yang I boleh dapatkan treatment dan cuba dapatkan GL. I have been thinking few days and I decided nak buat di hospital kerajaan je dulu. Memang duit yang menjadi masalah. Duit simpanan yang ada ni memang disimpan untuk kami guna bayar duit progress interest rumah yang baru je kami beli ni. Takut banyak sangat kena bayar jadi I berhati-hati dalam merancang penggunaan wang. Therefore, instead of going to private hosp I decided nak buat treatment di hosp kerajaan je.
Where? Ini yang menjadi persoalannya sekarang. After buat some reviews I decided nak buat di HUKM. Then I called staff admin untuk buat GL for me. Alhamdulillah, tak ada masalah I entitle untuk dapatkan GL. Syukur juga jadi staf gov walaupun not fully gov. Actually from my place to HUKM jauh juga kena lalu 2 tol dan sudah pasti jem terutamanya waktu pagi. I have no choice. Since I tinggal di sempadan antara Shah Alam & Klang. Only the main road memisahkan Shah Alam & Klang which I have to use tak kira ke mana saja I nak pergi. Until today, Shah Alam masih tak ada hosp kerajaan. Di Klang I tahu memang ada tapi review hospital tu sangat teruk for any treatment pun. I dapat banyak good reviews tentang treatment di HUKM and I think it is the nearest beside Hosp Klang.
Hospital Putrajaya jauh sangat. Hospital Serdang close to my HQ however HUKM much closer to my house compared Hosp Serdang.
Dear friends, who ever live nearby my place, boleh tak suggest gov hosp yang I boleh dapatkan fertility treatment dan reviews kat hosp tu pun not bad....Kalau boleh not far from my house...FYI, I live in Sec 36 Shah Alam. My office close to Kota Kemuning.
Ok, itu saje.
Ate' logo
Tuesday, 5 March 2013
Akhirnya AF datang juga pada CD59 ^_^
Hai korang, apa khabar....
Actually I am happy AF datang juga akhirnya pada CD59. This situation is unusual for me. Tapi tak tahu lah selepas ni AF memang nak tukar style datang 2 bulan sekali. Nauzubillah jauhkanlah...Harap sangat selepas ni hormon dalam badan ni stabil tak buat hal.
Pada mulanya tak perasan simptom nak datang AF ni. Yelah dia datang pun Ahad lepas masa saya kat kampung. Bila cuba ingat balik rupanya memang ada tanda-tanda. One night before AF was coming, rasa panas sangat. Berpeluh-peluh badan. Rambut basah, baju basah macam baru lepas joging with 6-7km/hr for 1 hour hahah. Tak boleh tidur. Padahal kipas dah pasang yang paling laju. Kalau ikutkan kipas kat umah mama tu saya memang tak tahan sejuk meaning that saya tak pernah pasang kipas tu sampai speed 5. Paling tinggi pun speed 3 je. Pelik jugak malam tu kenapa panas sangat. Speed 5 I tak rasa apa. I siap bangun nak kuatkan lagi sekali tengok speed 5 dah, nak kuatkan macam mana lagi. Tengok DH lena dibuai mimpi dah. Selain daripada tu, I banyak kentut. Banyak sangat dan kentut bukan kecil2 punya tapi kentut besar2. Hehe... Selain tu, I ada rasa breast pain. Nak pakai baju dalam pun sakit. My mum duk kata I ni pregnant je.
Next morning, I went to Kuala Kangsar jalan-jalan dan shopping few things dengan mama. DH tinggal rumah tak bangun tidur lagi. Kat KK I tak rasa apa lagi. Dah balik rumah I rasa panas semula sampaikan I terpaksa bukak baju nak tidur sekejap selepas zohor. Tidur pun sorok2 kat bilik working studio my mum. Tak pasal-pasal kantoi dengan DH. DH masuk kejutkan I and bebel marah tengok I cover badan dengan towel je. Huhu masa tu I hangin satu badan sebab I baru je nak terlena dia dah kacau. Frust la I nak tidur balik mata tak mau dah. Merajuk dah mata I. Tak pasal-pasal I macam budak kecik tunjuk tak puas hati, ketuk2 meja makan la...hempas pintu fridge la, hempas pintu bilik la. So not me!! DH tau I marahkan dia tapi since we were at my mum house, dia tengok je la I wat perangai.
Bila dah petang I start rasa sakit pinggang. Mengadu kat mama. Mama memang tak abis2 dengan syakwasangka baik dia tu ingat I pregnant. Sekali before asar AF datang masa I tolong mama buat bantal peluk baby. Mama a bit sad la. DH pun sama. Diorang dua orang rupanya suspect I mengandung. Mama da siap minta DH bawa I pegi klinik confirm kan through scanning or blood test or what so ever. I dah bgtau banyak kali I tak pregnant. At the end, I minta mama doakan I banyak2. Who knows? Doa ibu kan tiada hijabnya. Macam mana pun, I bersyukur sangat. At least I tak perlu tunggu terlalu lama like our friends ada yang sampai 8 bulan AF tak datang...Very strong our friend, Jay. Now dah concieve, naturally pulak tu. Alhamdulillah...lets pray for her and her baby.
Second day period, perut cramp, dan I notice I tak boleh makan atau minum benda sejuk. Perut I akan menjadi-jadi sakitnya. Dia macam menyucuk2 tau. Rasa macam ada orang tengah jahit perut I dari dalam. Erk, maybe Allah nak tunjuk, aiskrim yang I tengah makan semalam terjatuh so tak boleh da la nak makan. Masa makan aiskrim tu I da rasa sakit. I bgtau DH maybe tak boleh makan aiskrim tapi I insist nak habiskan tak nak bagi kat DH. I baru nak suap lagi aiskrim tu tak sempat entah macam mana terjatuh ke lantai. Selain tu, bila I minum air ais, perut jadi sakit macam tu jugak. Hmm, lepas ni dah tau la, bila AF datang, No Ice, No Icecream.
Alhamdulillah harini dah hari ke-3, senggugut masih ada tapi tak seteruk semalam sampai I terpaksa cuti tak tahan sakit.
I think avacado juice/smoothie helps my period this time. I dah lama tak minum since susah nak dapat avocado yang dah masak kat pasaraya tu. Kalau ada pun, buah dah buruk kat dalam. So I banyak beli yang mudah dan ia ambil masa lama sangat untuk masak. Ada sebulan lebih kot. Sebelum nak period ni I ada minum avacado smoothie sebab buah tu dah masak. Buah muda I tak lalu nak telan. Tentang MAQ100 tu I believe that ia memang energy booster sebab I mengalaminya sendiri. Memang I tak rasa mengantuk waktu drive or in the office. Usually I memang akan rasa mengantuk at certain time tapi sepanjang i minum air tu, I tak mengalami masalah mengantuk lagi. Tapi what dissappointed me, masa ambil minuman tu la AF I tak datang and only this month baru datang. I tak pasti AF tak datang ni effect daripada MAQ100 tu atau apa, but since I mengalami masalah period tak datang waktu I minum tu, I tak mahu lagi continue minum air tu. Maybe ia tak sesuai dengan badan I.
Okay la setakat itu saje.
Don't forget to visit page Tipah Kekabu kat Facebook and klik LIKE. Lagi best kalau u all promote kat kawan2 beli produk kekabu kami. Berkualiti dan harga pun lebih murah daripada biasa.
Ate' logo
Tuesday, 26 February 2013
Apa khabar semua?
Apa khabar semua...Saya bukan saja tak sempat nak post apa-apa kat sini malah tak sempat nak blog walking pun. Ada beberapa perkara yang membuatkan saya sibuk sekarang
1. Kerana hal kerja di pejabat dan projek penyelidikan yang telah bertambah
2. Urusan pembelian rumah yang sangat menduga kekuatan emosi dan ketabahan saya
3. Usaha mencari duit lebih untuk menampung kos hidup
Apa usaha TTC?
Memang tiada. Tiada langsung. Ke gym? Langsung tidak. Makan supplements? Pun tidak. Mahu berhenti usaha? Tidak juga. Sekarang telah pun CD54. Masih belum period. Tak pernah saya mengalami situasi begini. Mama pun dah mula bimbang. Repeat urine test? Dah saya dah buat recently dan keputusan macam biasa, tetap negatif. Suhu badan saya juga rendah. Walau pun kadang-kadang masih ambil suhu badan tapi saya dah tak key in dalam FertilityFriend. Bukan malas. Cuma fed up. Satu, sebab saya benci tengok chart yang rocky mountain tu. Kedua, sebab rumah sewa baru ni susah nak dapat line. Nak hantar SMS pun susah. Buka apps lagilah tak boleh langsung. Akibatnya memang tak key in langsung la. Walau bagaimanapun, in shaa Allah saya akan cuba dapatkan treatment. Mungkin bulan 3 ni. Doakan yang terbaik untuk Atie ^_^
Beli rumah
Alhamdulillah, selesai juga akhirnya proses ni. Sebenarnya bukanlah 100% dah selesai. Cuma apabila loan dah approved, S&P pun dah sign, saya rasa lega sangat. Saya tak berjaya dapatkan pinjaman Skim Rumah Pertamaku sebab komitmen dah terlebih. Jadi cuba apply 90% loan Alhamdulillah diluluskan. Dalam masa yang sama saya cuba apply personal loan. Alhamdulillah lulus juga. Alhamdulillah banyak perkara juga saya dapat selesaikan dengan personal loan tu selain bayar deposit rumah. Sentiasalah ingat pada Allah apa jua yang kita nak buat, sentiasa bergantung kepadanya, berdoa dan bertawakal.
Orang lain saya tak tahulah tapi saya memang terasa perit melalui proses ni. Macam-macam dugaan. Mula2 saya apply Skim Rumah Pertamaku since kami suami isteri memang tak ada duit 10% untuk bayar deposit. Nak cari bank yang sanggup uruskan permohonan tu pun dah susah. Banyak yang tak nak dan bagi macam-macam alasan. Maybank memang awal2 dah tolak. Pegawai dari Hong Leong dan RHB pun sama tapi saya cuba di branch lain. Alhamdulillah mereka sanggup namun permohonan saya tak lulus sebab komitmen gaji saya sekarang dah lebih limit yang diorang tetapkan. Then, kami decide untuk cuba 90% loan. Masa ni dah pening fikir mana nak cari duit untuk bayar deposit. Saya tak ada pilihan lain selain cuba apply personal loan. Saya terus terang sahaja kepada pegawai Bank Rakyat tu sebab apa saya nak buat loan, berapa harga rumah, berapa deposit kena bayar, berapa monthly installment dan sebagainya. Tawakal je pada Allah, apa pun keputusan saya redha. Alhamdulillah Allah dengar rintihan hati saya. Lulus personal loan tu. Selain bayar deposit rumah saya selesaikan hutang2 kecil yang lain. Dan saya belikan Mama sebiji mesin jahit tepi sebagai kemudahan dia menyiapkan tempahan. In shaa Allah ada lebihannya nanti saya akan guna untuk buat treatment.
Official page business saya dan mama
Alhamdulillah berkat doa saya supaya bisnes mama berkembang dimaklbulkan Allah. Tak sangka saya juga lah orang nya yang harus bantu mama kembangkan bisnes. Kini kami dah ada page di Facebook dan dah ada blog. Korang semua boleh buka dan tengok. Boleh klik LIKE kepada yang sudi. Boleh tengok produk2 kekabu yang mama keluarkan. Harga sangat berpatutan. Yang bestnya, free delivery for Shah Alam & Serdang area. Area tu saya la yang akan hantar. Jumpa kat mana2 di kawasan tu untuk delivery dengan syarat bayar 50% daripada total price. Bukan apa takut kita dah buat tak jadi ambil pulak. Banyak juga kes macam tu sebelum ni. Kalau nak menempah pula, mesti sekurang-kurangnya 1 bulan lebih awal. Tak sampai sebulan pun tak apa cuma jangan la seminggu sebelum baru nak order. Takut tak sempat nak siapkan. Macam mana pun ready stock in sha Allah ada. Oklah, boleh cari Tipah Kekabu di Facebook ya. Untuk TTCians in sha Allah ada special price ^_^
Antara produknya adalah:
1. Set tidur baby
2. Set bantal dewasa
3. Set bantal pengantin
4. Tilam nikah
5. Tilam bujang
6. Tilam sembahyang
7. Tilam double
8. Kusyen TV/kereta/Sofa
9. Set cadar katil queen dengan comforter saiz King 100% cotton
dan lain-lain....
Kami juga ada bagi free gift kepada insan2 bertuah yang dipilih dari semasa ke semasa. Untuk bulan Feb dah ada calon. Untuk Mac belum buat pengemuman lagi. In shaa Allah setiap bulan ada pemenang free gift daripada Tipah Kekabu. Jenguk lah page Tipah Kekabu, material yang kami guna semuanya berkualiti.
Ok, setakat ini saje. Doakan terbaik untuk saya supaya boleh cepat2 mulakan treatment dan suami mudah dipujuk untuk buat treatment sama. huhu isau pulak.
Ate' logo
Thursday, 14 February 2013
Creamy, watery & egg white CD40 and above
Dear TTC friend especially yang pernah experience long period cycle, 40 days and above, I nak tanye u all...
Masa korang mengalami long period cycle tu:
1. What do u think about urself and what do u feel?
2. What do u do to make urself feels better?
3. Have u experience few times of creamy,watery & eggwhite within the long period cycle eventhough u are at CD40 and above?
4. Actually all the menses mean what especially when they come out at CD40 and above?ovulated?AF is a round the corner?stress?
5. Do think wait the AF to come naturally is better or forcing the period come is much much better?
I hope u guys boleh share dengan I.
Ate' logo
