Wednesday, 23 September 2015

Siapa yang bersalah? Akulah yg bersalah

Cycle period up to Sept 2015
JAN: 31/12/14 - 2/1/15 (3 days)
FEB: 3/2/15 - 5/2/15 (3 days) (cycle length: 34 days)
MAC: 13/3/15 - 15/3/15 (3 days) (cycle length: 38 days)
APR: 17/4/15 - 19/4/15 (3 days) (cycle length: 35 days)
MEI: 16/5/15 - 18/5/15 (3 days) (cycle length: 29 days)
JUN: 17/6/15 - 22/6/15 (6 days) (cycle length: 32 days)
JUL: 17/7/15 - 21/7/15 (5 days) (cycle length: 30 days)
AUG: 20/8/2015 - 23/8/2014 (4 days) (cycle length: 33 days)
SEPT:??????

Due sepatutnya 21 Sept. Hari ini masih belum kunjung tiba. Perut rasa sakit je ni.
UPT dah test dan keputusannya -ve.

Mana hang p Cik P oii...
Mai la... Cek x suka period tak teratur.
Hang dah lewat 3 hari ni

pstt, inilah akibatnya bila berat badan naik melampau.

Ate' logo

Monday, 14 September 2015

My reference: Cycle period up to August 2015

My reference: Cycle period up to August 2015
JAN: 31/12/14 - 2/1/15 (3 days)
FEB: 3/2/15 - 5/2/15 (3 days) (cycle length: 34 days)
MAC: 13/3/15 - 15/3/15 (3 days) (cycle length: 38 days)
APR: 17/4/15 - 19/4/15 (3 days) (cycle length: 35 days)
MEI: 16/5/15 - 18/5/15 (3 days) (cycle length: 29 days)
JUN: 17/6/15 - 22/6/15 (6 days) (cycle length: 32 days)
JUL: 17/7/15 - 21/7/15 (5 days) (cycle length: 30 days)
AUG: 20/8/2015 - 23/8/2014 (4 days) (cycle length: 33 days)

Wednesday, 22 July 2015

Selamat Hari Raya 2015 dan result UPT

Assalaualaikum...

Selamat Hari Raya
Maaf zahir dan batin

Especially kepada semua bloggers yang saya pernah tinggalkan komen di blog anda atau membalas komen anda di blog saya sendiri. Kot2 kata-kata saya mengguris hati dan perasaan korang. Kot2 saya ada menghasut. Kot2 saya ada bercakap hal di luar batas. Minta maaf ye semua.

Bulan syawal tahun ini agak sibuk. Angan-angan nak buat rumah terbuka macam x sempat je.
Weekend ni ada jemputan kahwin adik biras saya di PD. Berkampung la di sana nanti. Next week pula seorang lagi biras saya buat kenduri sempena kelahiran anak ke-2 beliau baby Dhia di Banting. Weekend yang sama ada jemputan kahwin di Klang dan saya dah mula masuk kelas Bahasa Jepun Shah Alam (setiap Sabtu). Keluarga mertua akan berkampung di rumah saya nanti. Pening juga kepala ni nak uruskan semua tu.

The following weekend (8&9 Ogos) je setakat ni free belum ada apa2 program kecuali kelas bahasa jepun. Syawal terakhir pada 15hb Ogos nanti saya dah outstation ke Perak attend conference. Mudahan Allah permudahkan segala urusan.

Last post saya ada share gambar result OPK test kan. Resultnya seperti negative cuma saya je berfikiran positif mengatakan pada CD19 itu ovulation occurred. Kemudian pada CD29 (2 hari sebelum raya) saya buat UPT test. Breast dah mula rasa sakit macam nak period. As expected, it turned out negative. Sebagai seorang yang sgt mengharap rezeki di bulan ramadhan ni saya rasa sangat sedih tapi pelik tak ada air mata yang keluar. Kesedihan itu seperti dirasai di dalam tubuh sahaja dan berakhir di dalam hati tak sampai ke mata. Cuma seketika. Ajaibnya...selalunya saya pasti menangis bila terlalu mengharap. Hebatnya kuasa Allah, tak mahu saya bersedih di hadapan ahli keluarga, kemudian dilenyapkan rasa sedih itu dengan mudah dan indah sekali.

Pada lewat petang raya pertama dah mula period. Sangat heavy pada raya ke 2 hingga ke-4. Nasib mama ada pad. Positif melampau punya pasal terlupa bawa pad balik kampung. Kelakar pulak bila diingatkan semula. Datangnya period hari pertama raya hari tu menjadikan cycle bulan ini 30 hari. Alhamdulillah terima kasih Allah.

Ubat speman dah habis. Bulan ramadhan haritu cari sampai ke Sogo dah habis stock. Proxeed Plus pun belum beli lagi. Dulu RM180/box without GST. Sekarang tak tahu berapa harga. Supplement untuk wifey pun nak cari juga la. Asyik husband je makan ubat wife tak makan tak boleh juga kan.

Oklah itu aje.

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin
p/s: Kalau nak datang raya rumah saya di Bandar Putera 2, Klang. Email sy di syukrienas87@gmail.com. Habaq awai2 nak senang nak masak apa2 ke hihihi

Ate' logo!


My reference: Cycle period 2015
JAN: 31/12/14 - 2/1/15 (3 days)
FEB: 3/2/15 - 5/2/15 (3 days) (cycle length: 34 days)
MAC: 13/3/15 - 15/3/15 (3 days) (cycle length: 38 days)
APR: 17/4/15 - 19/4/15 (3 days) (cycle length: 35 days)
MEI: 16/5/15 - 18/5/15 (3 days) (cycle length: 29 days)
JUN: 17/6/15 - 22/6/15 (6 days) (cycle length: 32 days)
JUL: 17/7/15 - 21/7/15 (5 days) (cycle length: 30 days)














Tuesday, 7 July 2015

Result OPK cycle Jun_July

Assalamualaikum

Salam Ramadhan ke 20.

Petang ni akan masuk ramadhan ke-21. 10 days left. Cepatnya masa berlalu. Dan saya masih terkedek2 tak terkejar dek kepantasan hari-hari di bulan Ramadhan ini berlalu. 10 hari terakhir ni kena usaha lebih sikit untuk istiqamah. Mudahan Allah permudahkan dan beri kekuatan.

Bermula CD13 saya buat ujian untuk ovulation using OPK (the top). CD14 saya tak buat kerana lupa. Kemudian sambung CD15 sehingga CD20 (the bottom). Sayangnya saya tidak catit masa ujian dibuat. Cuma boleh dikatakan semua ujian dibuat selepas 11 pagi tetapi sebelum 6 petang.

Melihat pada gambar di bawah, tak ada result positif. Cuma pada CD19 saya mengalami ovulation pain di sebelah kiri bawah abdomen. Eggwhite pun memang banyak. Kalau tak silap, saya test masa nak solat Zohor lebih kurang pukul 1 lebih.

Saya share gambar ni di Kelab PCOS (ttc) Malaysia. Ada yang komen dapat line kabur juga tapi alhamdulillah berjaya mengandung. Jadi saya positifkan diri. Jika tak berjaya tak mengapa. Saya akan terus usaha lagi.

Kun fa ya kun. Allah kata jadi, maka jadilah ia. have faith in Allah s.w.t

Ate' logo

Thursday, 18 June 2015

Cycle period semakin baik

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat melaksanakan ibadah puasa, solat sunat tarawih dan lain-lain di bulan mulia bulan Ramadhan ini. Mudahan kita dapat perbaiki diri, hubungan kita dengan Allah s.w.t dan juga kesihatan kita.

Saya hari ni tak dapat berpuasa kerana bendera merah. Hari ke-2 period. Serba tak selesa. Macam biasalah senggugut, sakit pinggang, sakit ari-ari. Korang senggugut tak tiap kali period?

Macamana pun saya bersyukur, cycle period tahun ni boleh dikatakan semakin baik. Tapi belum betul-betul baik. Setiap bulan datang dan semakin ikut calendar 'My Calendar' di HP pun dah kira bersyukur sangat. Dan saya perasan day of ovulation (O) estimated by that apps kind of correct. By external observation, banyak egg white yang keluar pada hari berhampiran tarikh O dan pada tarikh O itu sendiri. Tapi betul-betul ovulate atau tak hanya dapat dipastikan dengan guna OPK test. Tu la sekarang ni tengah mencari supplier yang boleh dipercayai dengan harga murah. Anyone yang biasa beli, please suggest dengan siapa saya boleh beli OPK strips murah.

Tarikh period 1st half of 2015:
JAN: 31/12/14 - 2/1/15 (3 days)
FEB: 3/2/15 - 5/2/15 (3 days) (cycle length: 34 days)
MAC: 13/3/15 - 15/3/15 (3 days) (cycle length: 38 days)
APR: 17/4/15 - 19/4/15 (3 days) (cycle length: 35 days)
MEI: 16/5/15 - 18/5/15 (3 days) (cycle length: 29 days)
JUN: 17/6/15 - XXX (cycle length: 32 days)
(JUN: 17/6/15- 22/6/15 (6 days)- (updated at 24th June 15)

Bilangan hari period dengan darah merah 3 hari saja, hari ke-4 coklat dan hari ke-5 bersih. Sekejap saja turun darah merah. Adakah kerana ketebalan dinding rahim (ET) saya tidak tebal? Mungkin juga. One more thing, saya notice bila berat badan saya susut sedikit, cycle period lebih pendek. Something yang baik untuk diteruskan iaitu jaga pemakanan.

Saya sebenarnya bersemangat nak mula treatment di hospital buat kali-2. Cuma hajat tu kena hold dulu sebab saya sedang kumpul duit untuk lepaskan niat Bonda nak kerjakan umrah hujung tahun nanti. Jadi saya kena sabar tunggu tahun depan, in shaa Allah. Buat sementara ini, saya cuba turunkan berat badan (adeh, ni paling payahhhh sekali) dan eat healthy. Idola saya Yani (blogger: BatikPink), tapi usaha tak sampai pun 1/4 daripada usaha Yani hihi.

Hubby pula makan supplements. Buat masa ni semuanya herbs. Dua jenis iaitu debunga kurma dan ekstrak buat zuriat dari tanah suci Makkah (sekarang ni dah ada jual dalam bentuk pil, senang nak telan), dua jenis lain iaitu Speman dan Kapikachu dari Himalaya, Vitamin C dan multivitamin. Ada satu lagi ubat saya nak beli untuk hubby. 1 kotak RM180 for 2 weeks. Pernah beli sekali. Nak beli lagi tertangguh sebab harga mahal sangat. Lupa nama ubat tu. Husband Yana (blogger Sizuka) ada makan juga.

Jadi tahun ni sabar dulu. In shaa Allah, next year sambung treatment. 

Ate' logo






Monday, 1 June 2015

Rawatan alternatif part 1

Assalamualaikum...

Lama sangat dah tak post entry di blog. Hari ni ada cerita nak kongsi, boleh la post sesuatu.

Last Friday, saya balik kampung di Perak. Beberapa hari sebelum balik, pak chor (pakcik sy) call ajak pergi berubat. Tengok apa masalah kenapa masih belum pregnant. Masa tu rasa macam tak perlu pun pergi berubat pasal saya dah tahu apa masalah fertility kami suami isteri semasa buat rawatan di MAC sebelum ni. Tapi mengenangkan pakcik yang sangat perihatin dan mama juga nak berubat, maka saya turutkan juga. Appointment set pukul 10.30 pagi hari Sabtu.

Mulanya saya tak pasti rawatan jenis apa yang sepasang suami isteri ini lakukan. Setelah sampai, saya lihat banyak gambar-gambar kaki dan urat saraf di dinding bilik rawatan serta pam bekam. Barulah faham mereka tawarkan rawatan refleksologi dan bekam. Terfikir juga bagaimana rawatan ni dapat membantu masalah kesuburan.

Suami saya diuruskan oleh pakcik manakala saya diuruskan oleh makcik. Makcik urut kaki dan tanya jika saya rasa sakit dimana-mana. Kena tempat yang sakit memang menjeritlah saya.

Tempat yang saya rasa sakit adalah:

1. No. 69 (sendi pinggul)
2. No. 70 (dubur/rektum/usus)
3. No. 71 (titik hormon)
4. No.79 (tulang belikat)

Subhanallah, menakjubkan. Sebab apa saya kata macam tu sebab semua point2 yang saya rasa sakit bila diurut tu memang saya ada masalah. Memang kerap berasa sakit di tempat2 tu. Saya memang selalu sakit di bahagian sendi pinggul, juga ada masalah membuang, juga kerap sakit tulang belikat dan masalah hormon sudah tentu sebagai seorang PCOS. Tidak pula rasa sakit apabila diurut di point reproduktif seperti 72, 78, dan 82. Makcik cakap rahim saya sihat, berada dalam keadaan yang baik. Sepupu saya, anak pak chor turut ikut. Telah kahwin hampir setahun belum ada rezeki. Banyak tempat dia rasa sakit sampai senget2 badan menahan sakit. Makcik cakap saraf rahimnya tidak berada dalam kedudukan yang betul. Terkebawah sedikit. Makcik urut betulkan. Kesian tgk sepupu saya merengek kesakitan.

Suami pula semua point reproduktif dia rasa sakit termasuk sendi pinggul. Pakcik cakap dia ada masalah reproduktif. Lawatan pertama ni dia kena bekam 3 tempat. Lawatan akan datang hubby kena urut 1 badan dan urut khas di dia punya. Termasuk bekam di situ. Hee, ngeri. Makcik cakap saya kena bekam di ari-ari. Seriaunya dengar. 

In shaa Allah bulan depan rawatan seterusnya. Mudahan usaha kali ini diberkati dan membuahkan hasil yang baik. Usaha dan tawakal shj pada Allah. Allah sebaik-baik penentu. Mudahan dapat menamatkan penantian menjadi ibu dan ayah kepada amanah Allah s.w.t.

Ate' logo!

Monday, 5 January 2015

2014 and Happy 2015!

Assalamualaikum

Hello mommies and mommies to be...

It is 4.30 pm now. Suppose I dah kemas-kemas untuk balik rumah. Awal kan? I memang balik 4.30 ptg sebab I masuk kerja 7.30 pagi. Sebelum balik I jengah blog kejap. Nak buat review sikit tentang tahun 2014 yang telah berlalu.

Pada I tahun 2014 ni memang mencabar dan banyak sangat dugaannya. Antara keputusan/situasi paling besar yang I hadapi adalah:

1. Buat IUI
2. Beli dan pindah rumah
3. Mama ku mahu kahwin lagi

Dugaan tu mungkin nampak biasa je pada orang yang berduit tapi pada I susah juga la bila duit simpanan x sebanyak mana especially berhadapan situasi masuk rumah baru. Huh, duit macam air. Makan pun catu. Bilangan balik kampung pun dikurangkan konon nak menjimatkan duit.

Bonus tahun lepas I guna buat IUI. Bonus tahun ni tak dapat guna ke arah treatment sebab nak buat kenduri masuk rumah. Apa pun, I bersyukur sangat-sangat Allah kuat dan tabahkan husband and I hadapi situasi ni. Walau pun serba sederhana, no air-cond, no water heater, no kitchen cabinet, no renovation, we manage to move into the new house. Syukur sangat akhirnya duduk di rumah sendiri. Itu yang penting.

Dugaan yang ke-3 baru je berlaku. Mama want to get marry for 2nd time. I am totally supporting her but the man she chooses, kami adik beradik tak suka. Sekarang ni adalah waktu sukar kami sekeluarga. Dua adik lelaki I tak mau cakap dengan mama. Kesian Mama. I pula buntu. I tak suka lelaki tu but I love Mama a lot. In the mean time, I just pretend not knowing what had happened at home dan berbual macam biasa je dengan Mama. I don't want to hurt her more.

Semoga Allah bantu selesaikan masalah ni dengan baik dan segera.

By the way, Happy new year peeps! Wish u all a promising & fulfilling new year! May Allah bless us with kids! Amin Ya Rabbal alamin

Ate'logo