Friday, 25 January 2013

Mandi sunat Fajar

Assalamualaikum...
Selamat pagi...hari ni saya cuti. Pindah rumah. Tengah dok bf ni saya teringat ustaz kat IKIM FM cakap last two days berkenaan mandi sunat fajar ni.

Rasulullah kita hari2 mandi sunat fajar ni tau. Bukanlah ketagih tapi ia sememangnya baik sgt2 untuk tubuh badan dan kesihatan kita. Saya percaya ramai yang dah tahu tentang tu. Yang menariknya mandi sebelum subuh ni jika di buat pada penagih dadah setiap hari in shaa Allah penagih ni boleh sembuh. Hilang ketagihan dia. Amazing kan betapa hebatnya penangan mandi sunat fajar.

Saya selama ni duk mandi pagi sebelum subuh xtau pun ada mandi sunat fajar. Hm ni la akibat jahil tak menuntut ilmu. Lately saya dah bangun makin awal. 4 atau 4.30 pagi dah terjaga. Lepas tu susah nak tido balik. Allah nak suruh saya sembahyang Isya' lebih awal kot plus nak bagi saya peluang sembahyang sunat agaknya. So selepas ni tiap kali bangun mandi nak sembahyang Isya' pagi-pagi tu saya nak niat untuk mandi sunat fajar. Mudah-mudahan jika ada penyakit, ia boleh disembuhkan. Nanti saya nak cari lebih maklumat tentang fadilatnya.

Next, satu perkara lagi yang saya nak kongsikan adalah makan di awal pagi hehe. Ni memang susah nak buat kepada wifey yang bekerja untuk prepare bf. Orang lain tak tahu la tapi saya memang tak pernah sempat nak buat bf pada hari bekerja. Makan awal pagi yang saya maksudkan ni adalah makan betul2 selepas sembahyang subuh. Ha awal kan. Selepas kita mandi sunat fajar tadi kita siap2 nak sembahyang subuh...dah masuk waktu kita sembahyang...ha dah siap sembahyang tu terus la makan. Makanlah kurma ke, roti ke, susu ke atau apa2 saja yang boleh dimakan hehe.

Nak tau apa kelebihannya? Manfaatnya ia sangat memberi kesan kepada kecergasan otak kita. Emosi kita lebih ceria. Kita rasa lebih bersemangat dan bersedia untuk hadapi hari kita. Kita dah dapat aura positif untuk mulakan hari kita. In shaa Allah kita rasa lebih positif... Manalah tahu perubahan ni buat suami kita lebih sayang dan hubungan as husband and wife tu semakin baik maka hidup pun lebih bahagia. I know it takes time tapi kalau tak cuba sekarang bila lagi kan. Mudah-mudahan stress kita pun berkurang. Usaha TTC pun semakin mudah.

ok, nak angkut barang plak.

Ate' logo

Thursday, 24 January 2013

workout #3 2013

Assalamualaikum...

Saya bangun awal sikit arini. 4 pagi da terjaga lepas tu tak boleh tidur dah so saya kacau la DH tidur. Hehehe kesian dia dapat wife macam saya. Nasib baik dia tak marah. Dah boring kacau dia saya tunaikan solat Isya'. Saya memang selalu sembahyang Isya pagi2 pukul 5 macam tu. So arini awal sikit la daripada biasa. Kemudian baca Yassin utk sedekahkan kepada Nabi Muhammad, Rasulullah kita, ahli keluarga dan para sahabat baginda dan baca surah al-mulk mohon dimurahkan rezeki dan diberi kesenangan dijauhkan kepapaan. Pagi ni sengaja saya rekod. Terasa mcm nak hadiahkan rekod tu pada DH. Esok2 kalau tak panjang umur saya pergi dulu DH boleh buka dan dengar suara saya mengaji.. Semoga dia boleh rasa lebih tenang. Aih dah melalut dari topik neh.

Pagi ni saya pergi fitness. Hubby temankan. Workout #3 masih 40min je. Bila la nak bertambah kan...hehe. Actually hari ni kami nak angkat barang2 pindah rumah. Tak semua la. Yang besar2 diangkat esok naik lori. So tak boleh workout lama2 walau pun arini cuti. Banyak benda nak buat arini.

So, back to the topic kalori yang terbakar supposed to be more but since saya tak sempat nak masukkan berat dan age tadi treadmill tu estimate ikut standard la kot. Basically lebih berat lebih la kalori yang terbakar.

Masa: 40 minit
Jarak: 3.67 km (ada sikit peningkatan)
Kalori yang dibakar: 182  (actually it was more)
Gradient: 1%

Berat sekarang tak pasti. Penimbang dah simpan dalam kotak but I think masih 85kg.

Skrg tengah breakfast. Ha amik bantai 2 keping tosei. Macamana la nak kurus kan...

Ok, setakat itu saja

Ate' logo

Wednesday, 23 January 2013

Workout #2 2013

Hai kawan2...Saya baru lepas abis treadmill jog+walking...Lepas abis kje terus dtg tadi.

Today buat 40 minit jem Masih tak ade peningkatan dari segi masa since saya kena ambil DH balik kerja. Lepas ni nak take shower and terua pergi komuter.

Actually hari ni saya lari 3.55 km je and kalori yang terbakar tak sampai 200...hanya 192...Kawan2 saya sebenarnya tak tahan nak lari laju. Setakat 6 ++ km/j je boleh. Kalau 7km/j saya bolehvtahan sampai 3 minit. Saya rasa sakit yang amat sangat kat bahagian kanan di bawah dada. Tak tahu kenapa. Sejak dulu saya memang mcm tu. Seolah2 saya ada limit utk lari. Kalau i over the limit pain tu akan dtg dan ia sakit sakit. Saya kene stop. I used to fight the pain tapi skrg saya dah tak boleh. Rasa nak pitam

Mcmana progress u all. Berat saya semakin bertambah sebenarnya. Dah 85 pulak skrg ni. Skrg ni rasa mcm miss V basah la. Macam ada something yg keluar. I need to go and check.

ok, ate' logo

He's not happy...Sorry Abi

Well yesterday I did an appointment at DEMC's website. Diorang belum call I to confirm kan lagi. To be honest memang I tak bagitahu DH masa I nak buat appointment tu. I decided will tell him later bila ada masa yang sesuai. This morning masa nak siap2 pergi kerja, I told him...slowly and sofly.

"Sayang ada benda nak bagitahu ni. Abi jangan marah eh"
"Bagitau apa?"
"Sayang dah buat appointment nak jumpa Dr minggu depan"
"Bila sayang pergi?"
"Sayang buat online jer...Diorang tak call pun lagi"
"Abi dah agak dah. Abi tahu apa yang sayang nak buat. Abi baca blog sayang. Abi baca komen2 yang ada. Abi dah agak dah. Ni mesti nak jumpa Dr taknak bagitahu. Tengok, kan dah betul"

DH terus kuar bilik....tapi dia tak nampak marah. I expect he's going to get mad. Tapi dia nampak kecewa. Huhu nampak kecewa lagi tak best kan. I peluk dia, just want him to know that I really love him and wanted him to be cool. I really wanted support from him.

"Abi, sayang perlukan sokongan abi. Kita sama-sama kena pergi. Abi pun sayang akan bagi sokongan jugak"

"Abi masih dengan pendirian abi. Cukup setahun baru abi nak pergi. Abi yakin kita berdua tak ada masalah"

"Abi....kita kene dapatkan bukti jugak..kita kena check"

"Alah ramai je yang pergi rawatan masih tak tahu juga sakit apa"

I'm speechless. Bukan tak nak terus pujuk tapi tak nak burukkan keadaan. I choose to keep silent. I understand his feeling. I believe dia tahu nanti kami akan pergi jumpa Dr jugak, but tindakan I yang terlalu cepat ni dan tambahan pulak tak bagitahu dia awal-awal buatkan dia frust. I do really sorry for doing that. I don't know, I just can't wait. Tambah pulak everytime@everyday key in the temperature kat BBT chart, I rasa benci sangat tengok the pattern. In fact, until yesterday I buat OPK test. Dua kali pulak tu. Tak ke bengong I ni. Semalan dah CD18 pun. Forsure the result was negative. Asyik tak puas hati dengan diri sendiri je.

DH masuk bilik utama duduk tepi katil. I duk siap-siap tengok cermin sambil tu usha muka dia dari cermin. Hmm, cebik je dia. Tak suka la tu. I tak boleh tengok muka dia macam tu. Rasa nak gelak comel sangat. Sorry ye puji husband sendiri kat sini. Then, I memang tergelak then I asked him,

"kenapa ni bi..." Dia still cebik
"Sayang nak pergi, pergi lah. Sayang pergi dulu. Abi nak tunggu cukup setahun"
"Hm..okay. Tapi kalau pergi sama kita jimat masa"
"Tak nak abi nak tunggu genap setahun jugak"
"Takpelah macam tu. Tak lama lagi dah pun nak cukup setahun. Sebulan lebih je"

DH diam. Tak lama lepas tu dia tanya,

"Sayang nak jumpa Dr pompuan ke lelaki?"
"Tak tahu lagi. Tengoklah diorang nak bagi sapa?"
"Hmm..tak suka la..."
"Abi, abi kena bagi sokongan...Niat kita kan nak mendapatkan rawatan. Kalau abi dapat Dr perempuan pun sayang kena relakan. Sayang akan support"

DH diam lagi..I terfikir jugak kalau dapat Dr lelaki susah gak. Wat TVS nnt malu gila la. Ok, kalau DEMC call I nak request for female ob/gene.



Tuesday, 22 January 2013

maaf saya tak suka cara awak bergurau

Credit to: sorry4theblog.com

Harini DG turun padang melawat ke office tempat aku kerja ni. Saya tak nak cerita sangat tentang event tu sebab everything went well. Saya pun rasa puas hati dengan kesudian beliau bersama pengarah-pengarah lain untuk turut serta.

Ada beberapa senario yang menyakitkan hati especially bila berhadapan dengan makcik-makcik  akak-akak yang tak lama lagi nak pencen ni. Dua yang pertama ni saya masih okay lagi but the third one, hati banyak sakit.

1. "Puan, sepatutunya biar la pegawai yang pegang bunga tu untuk sampaikan pada DG. Kenapa la diorang suruh budak-budak praktikal tu ek? Tak patut-tak patut"

Masa tu bos kat tempat saya ni nak sampaikan cenderahati kepada DG. Budak2 praktikal tu tolong pegangkan untuk hulurkan kepada bos sebelum bos bagi pada DG. Saya tak nampak pun sebarang masalah kat situ. Bagus la budak2 tu yang buat. Kalau saya yang disuruh, saya pun tak hingin. Dalam hati, agaknya akak ni tak puas hati kot kenapa bos tak mintak tolong dia pegangkan jambakan2 bunga tu semua.

2. Ada seorang makcik akak ni duk pegang-pegang belakang saya. Lepas tu pegang2 hujung tudung saya. Dia duk kat sebelah. Nak marah tak sedap lak. Saya toleh je la tengok dia pastu dia cakap " cantik tudung awak. Tapi tudung-tudung macam ni ada yang pendek je kan. Yang labuh tak de kan"

"Ada je kak"
" Eh, ada eh. Panjang sikit je la ye. Harga mahal?"
"Aah tudung tu labuh la. Harga lagiiii mahal" (sengaja stress kan perkataan lagi tu)

Lepas tu dia diam je tak usik2 dah tudung saya atau pegang-pegang kat belakang saya. Nak kata tudung dia labuh tak pulak. Singkat je. Tudung saya pakai ni pun harga RM20 je. Lebih labuh dari tudung dia. Tak tahu la apa niat dia sebenarnya tapi seriously saya bukan jenis yang suka bersembang tentang pemakaian atau sebarang accessories dengan orang. Especially orang kat tempat kerja sebab ada bakat 'mulut menyampai'. Dulu dia pernah bagitahu saya dia tak pernah beli tudung kat tempat-tempat biasa. Walau tudung 1 warna pun paling kurang beli kat Ariani. Pada saya mana-mana pun sama ikut preference dan kemampuan diri sendiri. Saya ye kan je lah.

3. Aktiviti terakhir DG dalam lawatan beliau adalah melawat makmal kultur tisu. My friend, an RO ada sediakan satu sikat pisang hasil dari pokok kultur tisu ni. Pisang tu disediakan untuk DG dan Pengarah2 ni rasa. Ada buah pisang tu kembar dua. Tak ada siapa pun nak makan.  Hmm, korang nak tahu sapa yang jadi bahan? Saya? Yes, saya lah yang kena bahan.

Ada yang konon nak jadi pak dukun bagitau saya makan pisang kembar dapat anak kembar la dan macam-macam gurauan lagi. Saya bagitahu yang saya pernah dengar ayat tu dari kecik lagi. Diam terus Encik tu.
FYI, dulu masa saya budak2 (sekolah rendah rasanya), memang ada seorang opah ni offer makan pisang kembar dua. Dia bgtahu benda yang sama dengan Encik tu. Saya memang ada makan pun. Opah tu pun dah meninggal sekarang ni. Dalam hati saya cuma doa semoga gurauan mereka-mereka ni dimakbulkan Allah s.w.t supaya saya dapat anak kembar. Masa tu saya boleh terima lagi gurauan2 mereka tu.

Dalam banyak2 gurauan tu ada satu je yang terkesan kat hati ni. Terdiam terus lepas saya dengar. Ada sorang makcik ni tepuk lengan saya. Dia cakap, " Makanlah! Mana tahu lambat-lambat dapat anak ni terus dapat dua". Lepas tu dia gelak2 kecil

Pada saya ayat tu rude sebab dia cakap di tempat yang ramai orang. Lagi pun ayat dia 'lambat-lambat' tu rasa sakit sangat bila dengar. Saya tak pernah mohon supaya Allah lambat beri saya anak. Saya tak mintak semua ni. Saya kenal anak-anak dia. Anak-anak dia memang subur. Cucu berderet. Dia pun memang ada cucu kembar. Kalau betul niat dia baik, saya maafkan cuma lepas ni jagalah pertuturan supaya sesuai dengan tempat. Rasa malu sangat. Lepas makcik tu cakap macam tu yang lain-lain senyap tak cakap apa dah. Saya cuba jauhkan diorang dan ikut bontot DG je.

Sebenarnya saya harap usaha TTC Group nak buat persatuan nanti banyak event akan dibuat supaya orang luar sana yang diberi peluang oleh Allah mudah mendapat anak ni buka mata dan hati diorang supaya ada rasa simpati, hormat, dan bantu golongan kita ni. Bukannya menyindir, mengata, membuat spekulasi tanpa usul periksa, bergurau tanpa batasan dan sebagainya.

Ya Allah, doaku masih sama. Aku masih menanti zuriat dariMu Ya Allah. Kurniakanlah. Jika aku punyai penyakit, aku redha. Maka Kau bantulah aku mengatasinya. Semoga aku diampunkan dosa dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.
Amin.

Ate' logo

Monday, 21 January 2013

-ve OPK test, No CM fluid, No Ovulation?


Ya Allah, mengapa pulak cycle kali ni macam ni...

BBT chart Jan 2013 until CD17


Today dah CD17. Bulan lepas I got +ve OPK test on CD14. Two bright lines were appear on the strip. This cycle I did the test from CD13 to CD16. All were -ve. Ada naik dua garis but faint. Tengok temperature pattern pun sedih sangat. Tak menunjukkan tanda orang subur. I don't even feel watery at my miss V. Creamy pun tak ada. Eggwhite lagi lah tak ada. Combination of all these three components (OPK test result, temperature pattern & cervical menses) shows that I do not ovulated this cycle.

Masa CD13 test result appear double line tapi line T tak terang sangat but jelas. Saya pun ada tanya you all kat post ni . Result OPK pada CD14 semakin pudar hampir tiada line dan pada CD15 dan CD16 cuma ada 1 line sahaja. Definitely negatif la kan. CD12 saya tak buat test pulak.

Full BBT chart December 2012
BBT chart December 2012 until CD17

Saya cuba bandingkan BBT chart bulan lepas dengan bulan ni punya. Bulan ni punya starting temps semasa period look good (rendah daripada last month) which is sepatutnya memang suhu kita rendah semasa period datang. CD7 untuk bulan lepas dan bulan ini juga temp naik mencanak tinggi pada suhu >&=36.40. Cuma penurunan yang berbeza. Bulan lepas selepas CD7 suhu turun secara drastik sementara bulan ini suhu turun sedikit demi sedikit. Suhu paling rendah pada bulan ini adalah pada CD12. Ruginya tak buat OPK test masa ni. Mana tahu positif kan. However, kalau saya ovulated on CD12, sepatutnya suhu akan naik mencanak tinggi the next day tapi tak pun....Tengok kat chart on CD13 suhu naik sikit je. Then suhu semakin naik sekarang ni. Tempoh lutheal phase memang macam ni. Our temperature will increase again during lutheal phase. Progestrone sedang buat kerja. If I got pregnant, temperature will remain high.

Adakah betul ovulasi tidak berlaku? saya juga tidak pasti

Ate' logo

kisah TTCian lain yang tiada blog

last Thursday i was attending Majlis Konvensyen KIK in HQ. Right after I manage to get my car parked ada seorang kakak ni tegur I. She's my friend, an RO jugak same batch with me. Orangnya peramah and happy go lucky.

After greeting to each other we walked together to the hall. It's very nice to meet her dan borak2 dengan dia. Rasa macam jumpa kawan lama yang we used to share many things together. Dalam dewan while waiting for the event to start she asked me: awak dah pregnant ke?

Me: Belum....dalam usaha
Akak S: awak tahu kan aritu akak masuk hospital
Me: ermmm haah i saw it on ur fb
Akak S: akak baru je lepas operation dengan Dr Hamid Arshat. Sebulan akak cuti tak masuk kerja
Me: Oh patut la...saya tanya akak kat fb akak tak jawab...akak sakit apa
Akak S: Awak tahukan akak dah ada anak sorang. lepas dua bulan kahwin akak dah concieve dia. Lepas  2 3 tahun anak first dah lahir akak dgn husband usaha utk dapatkan yang second. Naturally la tapi tak berjaya jugak until we decided utk buat treatment. Akak buat kat LPPKN Jln Raja Laut. Before decided nak buat IUI tu akak dan suami run few tests la mcm semen analysis. dia memang tak ada masalah. lepas tu cek hsg utk tengok blockage kat tubes, cek ovaries, cek ada tak endometrosis yang darah2 beku kat rahim tu dan cek macam-macam lagi. Dr kata akak ok je. Dr bagi Clomid. 3 cycle jugak la dan setiap kali tu pergi scan telur2 tu tak membesar ke saiz yang sepatutnya. Ada tu ada tapi tak cukup besar. So akak rasa tak pe la so we decided nak buat IUI.
Me: Okay lepas tu apa jadi
Akak S: I got 4 big and healthy eggs. Akak dah berangan masa tu. Ada 4 biji ni tak akan satu pun x jadi kan....tapi memang tak jadi. Akak tanya Dr kenapa IUI ni tak menjadi sedangkan saya 4 biji telur yang besar.
Me: ye sebab apa...u might get twins (sedih pulak)
Akak S: Aah sebab tu akak berangan dah...at least mungkin dapat satu. But Dr just do not know why it was not successful. Then akak stop terus treatment kat situ.
Me: Lor Dr tu pun boleh tak tau..anak akak yang first tu pun dah besar kan
Akak S: Dah darjah 5 dia sekarang. 11 tahun dah umur dia.
Me: akak umur dah berapa skrg?
Akak S: 34 dah. Sebab tu terus jumpa pakar kali ni. Dr Hamid tgk sejarah treatmemt akak. Lepas tu scan kat bawah la. Alat tu lebih kurang sama je dengan Dr yang dulu guna. Dia bgtahu akak ada retroverted uterus.Dia pelik kenapa Dr lama boleh tak tahu melainkan memang Dr tu tak berpengalaman. Dia bgtahu rahim jadi macam tu selepas akak bersalin dulu. Very pity Dr lama tak boleh detect.
Me: Ya Allah da 11 tahun tu kak...IUI pun dah buat. Lama dah penantian akak. Baru sekarang dapat tahu kan
Akak S: Aah tu la sebabnya IUI tak menjadi. Dr Hamid suh buat operation untuk betulkan balik. Kos 8 ribu lebih. Akak pakai insurans. Akak ada bgtahu awak kan akak amik prudential. Dia cover semua tu. Dr Hamid tahu je akak ada insurans terus dia set date. cepat gila. akak tak expect secepat tu. bincang dengan husband, akak cek jadual akak dan anak akak pun cuti sekolah so kami on since tak ada apa-apa hal. Dr hamid memang lagi suka kalau patient dia ada insurans perubatan. Dia akan uruskan semuanya. Kita tak payah keluar duit. Akak operate pun kat Hosp Pantai. Kalau pakai duit sendiri mungkin kat Klinik Dr Hamid je.
Me: Kalau kita baru amik insurans boleh terus guna ke kak
Akak S: Ada cooling period. 3 bulan kalau tak silap akak. Akak punya dah lama ambik. dari tahun 2008 lagi.
Me: Oh macam tu. Akak punya period memang tak ada masalah ye?
Akak S: ok je period akak tak pernah miss datang je tiap2 bulan. Sebulan lepas akak operate akak terus datang period tau. MasyaAllah punyalah sakit pinggang akak rasa nak patah. Akak tanya kawan akak kenapa rasa sakit sangat pinggang ni kan...diorg kata tu la senggugut. Akak ni mana pernah senggugut. Tak pernah rasa sakit pun bila period.
Me: laa ye ke...hehehe. kalau saya tu rasa rahim macam nak terburai sakitnya. pinggang usah cakap la rasa mcm nak patah jugak. period je berguling2 la saya. Kat bahagian ari-ari akak tak sakit?
Akak S: Sakit juga sikit-sikit je la. Tak sakit sangat.
Me: Saya banyak jugak baca blog TTC, macam-macam kisah diorang. Macam-macam treatment diorang dah buat. Nak dibandingkan dengan saya memang jauh beza la. Tak buat apa-apa treatment pun lagi
Akak S: Kalau awak nak buat kat LPPKN pun boleh. Call je buat appointment. Dr diorang ada 3. Tak pasti la kalau dah tukar ke belum. Seorang lelaki, lagi dua perempuan. Dulu akak dapat yang perempuan India tu. Hm, tak best la dia. Kalau kat Dr Hamid ni pun boleh walaupun tak ada insurans. Cuma kita terasa sikit la setiap kali datang keluar duit. Kat LPPKN kos akak wat treatment dalam 2000 lebih je. Murah. Operation ngan Dr. Hamid ni dalam 8000 lebih jugak la.
Me: Saya cadang nak wat treatment kat LPPKN tapi lepas dengar kisah akak ni risau pulak. Ada kawan-kawan kat blog suggest pergi DEMC. Tempat tak jauh sangat dari tempat tinggal saya. Kat Shah Alam jugak.
Akak S: Cubalah call buat appointment.
Me: Sekarang dalam usaha nak pindah rumah kak. Stress duk rumah sewa sekarang ni. Pindah biasalah kena pakai duit lebih sikit. Nanti dah settle hal rumah baru boleh fikir pasal treatment ni.
Akak S: Oh ha settle kan yang tu dulu. Duduk rumah sekarang awak stress je tak guna jugak nak concieve.

Pungpang pungpang kami borak rupanya perasmian dah mula dah. Adus, DG duk berucap kat depan, kami berborak pulak. Cerita ni saya nak kongsikan dengan semua pembaca especially TTCian la. Ada banyak pengajaran kat sini kalau korang baca dan faham betul2.

1. Masalah retroverted uterus boleh terjadi right after bersalin (secara normal). So, lepas bersalin better check adakah masih normal uterus kita.
2. Mesti ada knowledge tentang masalah infertility. Ask as many questions as possible to your Dr. Macam kes akak ni, Dr tak tahu dia ada RU, dia lagi lah tak tahu. Lastly end up buat IUI. Dah ada 4 big eggs but finally the procedure met failure. Kalau boleh buat survey dengan kawan-kawan TTC lain yang pernah buat treatment kat mana-mana untuk dapatkan nama-nama Dr yang berpengalaman dan boleh beri layanan yang baik.
3. It's good to have insurance yang boleh support the fertility treatment. Senang kita tak payah keluar duit banyak selepuk in case we have to go for operations. Saya pun tak ada lagi. Rasa nak ambil tapi komitmen sangat banyak sekarang tak mampu nak bayar pulak nanti.

Ok, harap kita semua boleh mendapat manfaat daripada kisah seorang wanita yang telah TTC selama +-10 tahun untuk dapatkan anak kedua beliau. Mana nak tahu beliau diberi petunjuk hanya selepas 10 tahun setelah dia usaha sehingga buat IUI. Kisah ni jadi tauladan kepada kita semua supaya berhati-hati ketika membuat rawatan klinikal walau di mana Hosp/Klinik yang kita pergi. Seperti yang saya cakapkan kat atas, kita mesti kena ada knowledge. Saya pun masih banyak perlu baca dan faham ni huhu.

Ok, setakat itu saja.

Ate'logo