Monday 28 September 2015

Can I say it was a traditionally induced period?

Last post saya ada mentioned tentang period bulan Sept yang belum kunjung tiba.
Alhamdulillah, Cik P dah mai pada CD37 selepas lewat 4 hari dari tarikh sepatutnya (mengikut kalendar).

Why is that I called it traditionally induced period?
Ianya turun right after saya selesai diurut.

Masa CD37 (25hb Sept) saya pergi berurut. Memang dah rancang awal dengan salah seorang biras saya yg juga sedang TTC nak berurut dengan Makcik Pah pada hari Jumaat selepas hari raya haji. Sehari sebelum pergi berurut, saya perasan ada blood clots tiap kali lepas kencing, then saya decided untuk pakai pad. Saya fikir hari tu nak period kot. Tapi, sampailah keesokan harinya masih x turun darah lagi dan saya pun mandi wajib. Masa pergi berurut saya pakai pad siap2 takut period pula kan.

Biras saya bagitahu M. Pah kami ni nak berurut untuk betulkan rahim dan usaha untuk dapatkan anak. Mula2 M. Pah urut saya dulu. Satu badan. Then dia urut bahagian rahim. Katanya kedudukan pundi kencing saya tak betul. Dia syak mesti saya ada problem masa kencing. Yes, she's correct.

Then dia kata kedudukan rahim jauh ke bawah dan berada di sebelah kiri. Dia urut betulkan kedudukan. Masa tu saya dah mula rasa sakit dia urut. Tapi dia belum pun sengkak lagi. Baru urut betulkan kedudukan dari kiri ke tengah. Then dia ckp nak sengkak. Dia suruh saya tarik nafas tiap kali dia sengkak. Ya Allah, sakitnya. Tapi masih boleh tahan. Selesai urut saya rehat sebentar sementara tunggu biras saya pula diurut. Then saya ada minta tolong sesuatu pada M. Pah yg tak boleh saya ceritakan di sini. Masa tu la saya tau darah period dah turun. Nasib baik pakai pad.

Dia minta saya datang pada period hari ke-3 bawa 3 ibu kunyit. Dia akan urut rahim saya lagi dan bacakan doa. Kedudukan rahim biras saya okay tak jatuh ke bawah tapi menyimpit ke sebelah kanan. M. Pah betulkan kedudukan dan kata rahimnya okay cantik. Cuma dia dapat rasa ada benjolan di sebelah kiri. Dia minta biras saya cek di Hospital, mungkin ada sesuatu. 

Pada CD2 saya ada minum air kelapa. Then saya mengalami sakit pinggang yang melampau sampai ke tulang pinggul. Tak boleh baring telentang atau pun duduk. Hanya boleh baring mengiring. Ya Allah, sakitnya masa tu. Alhamdulillah lebih kurang lepas 15 minit sakit tu hilang. CD3 pun mengalami period pain yang teruk. Banyak darah beku keluar. Besar2 pulak tu. Macam2 yang bermain di fikiran.

Tengahari CD3 saya jumpa M. Pah bawa 3 ibu kunyit. Biras saya cerita pasal saya keluar darah ketul banyak dan cerita saya minum air kelapa. M. Pah kata air kelapa tu dia cuci rahim bila diminum waktu period. Cuma dia terkejut dengar saya minum banyak sangat (3 cawan).

Sebiji Ibu kunyit tu M. Pah bersihkan then ditumbuk utk dapatkan patinya. Kemudian dia bancuh dgn madu dan garam. Dia urut rahim saya nak tengok kedudukannya lari atau tak. Katanya kedudukan baik. Dia baca doa pada air kunyit tu sebelum beri saya minum. Dia suruh saya selawat 3 kali dan niat kepada Allah s.w.t. Selesai minum, dia sapukan sedikit lebihan jus kunyit tu dari ari2 ke lubang pusat dan dia bacakan doa.

Ada 2 lagi ibu kunyit dia minta saya buat sendiri di rumah seperti yg dia ajar pada CD4 dan CD5. Pesannya terus bersama suami pada CD6 atau CD7 jika period telah kering. Saya juga kena pantang, tak boleh makan nenas, tebu, air bergas, tapai, air ais dan lain-lain yang tajam.

Jika masih belum ada rezeki, dia minta saya datang lagi pada hari CD3 atau CD4. Jika tak dapat datang, boleh buat sendiri di rumah. Jika ada rezeki, dia minta datang juga setelah 3 hingga 4 minggu usia kandungan.

Mudahan usaha kali ini Allah izinkan beri zuriat. Apa-apa pun Allah s.w.t lah yang memberi, yang memakbulkan doa, yang menjadikan. Ini cuma salah satu cara berusaha.

Ya Allah, kurniakanlah aku zuriat dari hasil usaha ini.
Kurniakanlah aku zuriat yang baik dari sisiMu.
Amin Ya Allah, Ya Rabbal Alamin.

Cycle period up to Sept 2015
JAN: 31/12/14 - 2/1/15 (3 days)
FEB: 3/2/15 - 5/2/15 (3 days) (cycle length: 34 days)
MAC: 13/3/15 - 15/3/15 (3 days) (cycle length: 38 days)
APR: 17/4/15 - 19/4/15 (3 days) (cycle length: 35 days)
MEI: 16/5/15 - 18/5/15 (3 days) (cycle length: 29 days)
JUN: 17/6/15 - 22/6/15 (6 days) (cycle length: 32 days)
JUL: 17/7/15 - 21/7/15 (5 days) (cycle length: 30 days)
AUG: 20/8/2015 - 23/8/2014 (4 days) (cycle length: 33 days)
SEPT: 25/9/2015 - t0day (x days) (cycle length: 36 days)

Ate' logo

Wednesday 23 September 2015

Siapa yang bersalah? Akulah yg bersalah

Cycle period up to Sept 2015
JAN: 31/12/14 - 2/1/15 (3 days)
FEB: 3/2/15 - 5/2/15 (3 days) (cycle length: 34 days)
MAC: 13/3/15 - 15/3/15 (3 days) (cycle length: 38 days)
APR: 17/4/15 - 19/4/15 (3 days) (cycle length: 35 days)
MEI: 16/5/15 - 18/5/15 (3 days) (cycle length: 29 days)
JUN: 17/6/15 - 22/6/15 (6 days) (cycle length: 32 days)
JUL: 17/7/15 - 21/7/15 (5 days) (cycle length: 30 days)
AUG: 20/8/2015 - 23/8/2014 (4 days) (cycle length: 33 days)
SEPT:??????

Due sepatutnya 21 Sept. Hari ini masih belum kunjung tiba. Perut rasa sakit je ni.
UPT dah test dan keputusannya -ve.

Mana hang p Cik P oii...
Mai la... Cek x suka period tak teratur.
Hang dah lewat 3 hari ni

pstt, inilah akibatnya bila berat badan naik melampau.

Ate' logo

Monday 14 September 2015

My reference: Cycle period up to August 2015

My reference: Cycle period up to August 2015
JAN: 31/12/14 - 2/1/15 (3 days)
FEB: 3/2/15 - 5/2/15 (3 days) (cycle length: 34 days)
MAC: 13/3/15 - 15/3/15 (3 days) (cycle length: 38 days)
APR: 17/4/15 - 19/4/15 (3 days) (cycle length: 35 days)
MEI: 16/5/15 - 18/5/15 (3 days) (cycle length: 29 days)
JUN: 17/6/15 - 22/6/15 (6 days) (cycle length: 32 days)
JUL: 17/7/15 - 21/7/15 (5 days) (cycle length: 30 days)
AUG: 20/8/2015 - 23/8/2014 (4 days) (cycle length: 33 days)