Monday 22 April 2013

Opah ku sakit

Hari Ahad lepas aku bermimpi yang opah tak sihat. Hati mula tak sedap. Hati Selasa opah jatuh sakit. Rabu mama call cerita pasal opah. Khamis mama bgtau opah masuk wad. Masa tu aku tgh meeting. Rasa nak balik Khamis malam tu jugak. DH kata balik jumaat malam la. Esoknya Jumaat lpas antar DH naik train aku decide nak balik kmpg sorg2 je. Aku tak drive menghala ke office tapi menghala ke highway. Aku kene balik sini semula sebelum pkul 5 sebab kne jemput DH. Mase tengah isi minyak and topup TouchnGo rasa tak sedap ati lak nak balik tak inform hubby. Last2 aku watsapp dia bgtau hasrat aku ni. Nasib baik dia tak marah tapi suh jemput dia kat kl amik dia. Masa tu syukur sangat. Aku dah sampai kl train dia tak sampai lagi. Masa tu duk imagine macam mana la muka abi nnt. Mesti ketat je tgk perangai degil aku ni. Bila dia sampai aku tengok dia senyum je. Fuh lega. Abi kata abi dah agak da...dia dpt rasa bini dia ni mcm nk buat sesuatu di luar pengetahuan dia. Ape pun syukur dia x marah dan ktorg terus gerak balik Perak terus pergi hosp tengok opah. Ni lah kali pertama opah masuk wad. Umur dah 84 tahun. Seriously aku mcm tak percaya. Susah nak terima tgk yg terbaring tu opah aku. Menangis aku tengok dia. Bila aku tlg mama tukarkan pampers dia aku tgk kulit dia yg melecur tu buat aku mengalir air mata. Bila dia jerit2 kata sakit buat aku rasa sedih sgt. Kesian kat dia.. dah 84 thn ni barulah opah dpt darah tinggi. Dr kata ginjal opah pun mungkin ada masalah. Aku selalu doa supaya sakit opah sembuh. Supaya opah tak ada sakit lain lagi. Supaya opah panjang umur. Balik kali ni aku dpt jaga opah kat hosp. Ari ahad kami minta Dr keluarkan opah. Kami nak jaga kat rumah. Ahad petang sebelum aku balik kl aku tukar pampers dia...masa tu aku ambil kesempatan utk minta maaf. Sepanjang dia jaga aku dari kecik aku banyak buat slh dgn dia. Sebelum pape2 aku nak minta maaf dulu

Pinas: opah....pinas ni...
Opah: ye...ngape
Pinas: pinas nak balik dah...
Opah: oh kamu balik kmpg ye. Bape lame kamu ada kat sini
Pinas: 3 hari dah...dari ari jumaat
Opah: oh balik kmpg tgk opah ye
Pinas: opah....pinas nak mintak maaf...salah silap pinas kat opah
Opah: ye le...aku pun nak mintak maap..banyok kurangnye aku ni

Adui..masa mintak maaf dgn dia diri ni dah sebak. Bila dia pulak yg minta maaf tak boleh tahan dah menangis teresak2. Kesian kat opah sakit. Mata da buta. Badan dah x kuat.tak boleh bangun tak boleh jalan da. Berak pun dah tak sedar. Kulit melecur.

Opah antara org yg plg penting dan rapat dlm idup aku. Dia yg jaga aku dari kecil. Tiap2 ari tido dgn dia. Sampai aku dah masuk U baru kurg tido dengan dia sebab adik aku dah ambil tempat aku.Sedih yg teramat tgk keadaan dia skrg ni. Sukar untuk lihat kesakitan yg dia hadapi.

Ya Allah, kau sembuhkanlah opahku. Jauhilah dia drpd menanggung kesakitan. Kau panjangkanlah umurnya Ya Allah.

Wednesday 17 April 2013

Set tidur bayi di Tipah Kekabu

Hi dear friends....

I tengok ramai kawan2 TTC kita yang dah berjaya concieve. Tahniah diucapkan... Semoga keadaan korang dan baby baik2 aje dan semoga selamat bersalin dan semuanya dipermudahkan..Sementara sebelum bersalin ni jaga kesihatan betul2 kay. Kita yang belum ada berjaya ni kena teruskan hidup, cuba dan terus cuba.

This entry more to bagi u  all cuci-cuci mata tengok set tidur bayi keluaran my mother & I... manalah tahu ada yang berkenan nak order nanti. Kalau bukan untuk korang guna, mungkin untuk beri hadiah kepada saudara-mara dan kawan2...

Di Tipah Kekabu, korang boleh pilih fabrik yang ada dalam album kami dan tempah. Tempahan sekurang2nya 1 bulan lebih awal. Kalau korang beli kain bagi kami jahit pun boleh.... Kebiasaannya I akan deliver tempahan pelanggan pada 1st week setiap bulan. So, kalau korang nak tempah, buatlah tempahan pada hujung2 bulan atau pada awal bulan supaya korang boleh dapatkannya pada awal bulan yang akan datang. Hope korg faham apa I cuba terangkan ni hehe.

Selain tu, korang boleh beli set ready stock cuma bukan homemade product la dan bukan jenama Tipah Kekabu tetapi Little Dje....dan harga dia pun lebih mahal. Ia juga tertahkluk kepada availability. First come first serve. Kalau korang minat nak beli korang boleh dapatkan set tidur bayi mereka di Tipah Kekabu dengan harga yang lebih murah berbanding harga yang mereka jual.

Cuma ada pro and cons la beli produk homemade kami atau little dje ni. Nak explain pun susah. Tapi kalau korang biasa atau pernah menjahit, korang bandingkan kualiti material, jahitan, dan saiz item mungkin korang akan pilih Tipah Kekabu. Tapi kalau korang jenis nak cepat dan asalkan cantik, korang mungkin akan pilih little dje. So, terpulang pada selera masing2 la kan...I ada buat question kat page Tipah Kekabu.. which one do you prefer? Pilih fabrik dan tempah atau beli ready stock? until today semua pilih untuk pilih fabrik dan tempah daripada beli ready stock. I ingat orang lebih suka beli ready stock....The reality is memang ada beza bila beli homemade product dengan beli dari kilang/pengusaha yang buat hundred of set per month. Bila dah buat banyak2 ni kualiti kurang sikit la.

I live in Shah Alam, kalau korang nak datang rumah I pun boleh then compare the items urself. Tak sedaplah nak tulis pros and cons kat sini. Dua-dua pun cari makan. I respect how they run their business dan mana yang positif I ambil jadikan panduan. Dan segala kebaikan/kelebihan produk kami kenalah kekalkan...Barulah customer sayang. Alhamdulillah setakat ni dah terima banyak positif reviews daripada pelanggan.

Ok, jom usha2 gambar set bayi kami. Jangan lupa visit page kami di facebook. Taip je Tipah Kekabu kat bahagian search, kemudian click yang ada gambar bantal bayi tu. Nak tengok set baby little dje pun boleh kat situ.

Satu berita baik untuk korang, kalau beli set baby Tipah Kekabu, ada FREE delivery untuk customer dari Shah Alam, Serdang, Klang & Ipoh....ha, best kan. Ok, enjoy the pictures!

Untuk customer dari Cheras




Untuk customer dari Ipoh


 


Masih available. Harga promosi RM180 sahaja.



Untuk customer dari Bangi


Untuk customer dari Nusajaya, Johor
Untuk customer dari Klang
More fabrics and patterns to choose...
Untuk menempah, PM kami di page Tipah Kekabu

Ok, setakat itu saje.

Ate' logo

Monday 15 April 2013

1st appoinment will be one month from now

Alhamdulillah, I berjaya melawan perasaan takut dan sebagainya untuk memulakan rawatan kesuburan. Last Friday I ajak DH pergi Hosp. Razif untuk dapatkan surat rujukan. Dr tanye few questions like?

1. Masalah period I
2. Masalah ketika bersama
3. Keupayaan suami to ejaculate
4. Hosp. mana i want to seek for treatment
5. Isu keguguran
6. dll

Petang lepas DH sembahyang Jumaat kami pergi HUKM. Sampai je kami terus cari MAC. Baca review daripada Joanna dia pun buat rawatan kat MAC dan terus pergi situ je tapi masa kami tanya rupanya tempat kami bukan kat situ tapi kat O&G. Pelik jugak kenapa bukan di MAC kemudian I tanya staff nurse kat situ. Rupanya kalau pasangan baru nak cuba rawatan macam kami ni memang kena pergi O&G dulu.. Kalau dah examined semua dan nak cuba untuk IUI atau IVF baru dipindahkan ke MAC. Maybe sebab Joanna pun dah pernah buat fertility treatment kat klinik panel sebelum ni so dia terus ditempatkan di MAC. Kalau Joanna baca this entry, hope she can put a comment just to make me more clear kenapa wujud perbezaan kat situ.

Once dah daftar, i was given a date untuk jumpa Dr. Dr tu Dr. Kadir. DH sangat tak suka bila diberi Dr lelaki but what to do dah tak ada pilihan. Nurse pun keep saying 'kat sini tak ade Dr perempuan dik...eh, tak nak ke Dr pakar. Dapat Dr pakar kan bagus'

I tengok je muka dia tunggu dia buat keputusan. I tahu hati dia berat. Dia as a man pun sangat2 tak suka bercakap tentang hal2 seksual walau pun dengan kawan2 baik dia mahupun dengar kawan2 dia bercerita . Bila berhadapan dengan situasi macam ni, I tahu dia sukar untuk benarkan. Dua nurses pujuk dia then finally he was agree. Tarikh appointment 16hb Mei ni. Lewat sikit sebab currently diorang tengah buat renovation sikit, so memang tak buat any treatment dalam masa terdekat ni.

I am thankful to Allah sebab beri I kekuatan untuk lalui semua ni sedangkan I rasa macam tak percaya I & DH kena lalui semua ni. Kau permudahkanlah Ya Allah. Amin.

I have no idea, 1st appointment nanti kena buat apa...kawan2 yang ada pengalaman boleh la share yer jika tidak keberatan.

ok, itu saja

Ate' logo