Wednesday 30 January 2013

Don't get mad with granny

Kita selalu rasa tak selesa kan bila soalan2 seperti berikut diutarkan kepada kita.

Tak de anak lagi ke?
Kenapa tak ada anak lagi?
Bila nak dapat anak ni?

Orang yang tanya kita soalan2 macam tu terbahagi kepada beberapa golongan umur. Kalau yang muda, umur seangkatan dengan kita atau lebih muda tanya soalan macam tu saya tengok diorang ni golongan yang kurang knowlegde atau pendidikan kurang tinggi atau memang berpindidikan rendah. Diorang ni kurang berkomunikasi dan berjumpa dengan ramai orang, so cara bercakap dan topik2 yang sentiasa dibualkan memang di dalam kategori 'kurang penting'. Saya bukan nak cakap semua orang berpindidikan bagus2 cuma pandangan saya ni berdasarkan taburan orang2 yang saya kenal.

Kalau yang suka kepochi tu makcik2, saya tengok diorang sebenarnya lebih kepada nak menunjuk-nunjuk. Seriously, saya dah jumpa banyak makcik kepochi, suka sibuk hal orang lain especially pasal pregnancy ni. Pemerhatian saya terhadap diorang ni memang nampak sangat niat sebenar nak menunjuk2 bukan simpati sepenuh hati atau nak menolong.

Ha, kalau yang bertanya tu granny@opah@nenek@tok wan yang memang dah tua, about 70 years old and above, kita jangan cepat terasa hati. Serius saya cakap ni. Ni Allah nak tunjuk kot. Masa saya pindah tuan rumah tak ada. Yang ada mak dia. Mak dia ni bahasakan diri dia kat saya Nenek. Umur dah 74 tahun. Nenek saja-saja datang nak tengok kami bawa masuk barang dan nak berkenalan lebih dengan kami. Sambil angkat2 barang masuk rumah kami berbual. Soalan pertama dia bertanyakan tempat kerja saya. Soalan kedua: Ada berapa orang anak? (saya dah agak mesti nenek ni akan tanya pasal anak. Kan betul sangkaan saya)

Saya: belum ada lagi...
Dia: Oh kamu baru kahwin ke?
Saya: Bulan 3 ni cukup la setahun
Nenek: Oh baru lagi..nak setahun dah la ya

Sepanjang dia ada kat situ ada 5 kali dia cakap pasal dapat/tak dapat anak ni. Contoh seperti berikut:

1. Oh tak de anak lagi yek (masa dia cakap ni saya tak pasti dia tanya saya atau dia bercakap pada diri dia sendiri. Nampak gaya macam dia nak fahamkan diri dia yang saya ni masih tak ada anak so berulang kali dia cakap ayat tu. 3 4 kali jugak la dia cakap kat diri dia sendiri. Kadang2 intonasi ayat dia tu macam dia pelik saya tak ada anak lagi pun ada. Of course aku yang tengah sapu sampah dekat dia boleh dengar. Berbulu jugak nenek ni duk ulang banyak kali)

2. Banyak barang korang ni. Duduk berdua belum ada anak pun banyak dah barang. (saya diam, tak tahu nak respond macam mana. Rasanya lebih baik diam)

3.  Kalau dah ada anak ni senang anak boleh tolong mengemas. Kalau nenek, pening nenek macam mana nak mengemas semua ni (korang tahu tak apa saya jawab? bukan nak kurang hajar tapi nak bagi NAMPAK sikit. Nek, kalau saya ada anak sekarang ni pun dia bukan boleh tolong. Kecik lagi. Nenek dah nampak silap dia, dia jawab Oh, betul la baru nak masuk setahun kan kawin)

4. Cepat-cepat dapat anak meriah sikit rumah ni. (Bunyi ayat ni macam ayat penyata. Saya senyum je.)

Banyak perkara kami bersembang tapi perkataan ANAK memang kerap keluar dari mulut dia. Saya tak marah cuma kurang senang. Masa balik kampung satu pagi saya spend masa berborak dengan opah saya. She is 84 years old. 10 years older than Nenek, mak owner rumah sewa baru. Saya berborak macam2 dengan opah termasuklah tentang keluarga suami. FYI, opah saya ni dah buta, ada penyakit glukoma, mata dah tak boleh melihat. 

Opah: Adik beradik suami kamu baik ke dengan kamu?
Saya: Baik je opah...adik beradik dia semua lelaki. Yang perempuan semua biras
Opah: Lelaki? Jantan semuanye ek? (nada pelik macam tak percaya)
Saya: Haah...
Opah: Weehhh...betina langsung tak de ek? (nada pelik lagi)
Saya: Tak de. Semua lelaki (saya dah konfius kenapa opah macam pelik susah nak percaya je)
Opah diam..dia dia ulang ayat sama jantan tak ade ek (nada tanya). Saya jawab haah... Sat2 lepas tu dia cakap lagi hmm jantan tak de ek (nada macam nak fahamkan diri sendiri), pastu dia cakap lagi semua jantan tak ada betina (nada pelik), kang x lama lepas tu cakap lagi adik beradiknya semua jantan tak ada betina (nada ayat penyata). Walaupun ayat dia bukan sebijik2 tapi semua membawa maksud yang sama. Opah seolah2 tertanya dan rasa pelik dengan kenyataan tu dan dia seolah2 cuba memberitahu diri sendiri hakikat kenyataan tu untuk dia terima.

Masa tu saya terus teringat Nenek. Nenek pun macam Opah jugak ulang2 ayat sama. Kedua-duanya seperti pelik dan sukar menerima kenyataan yang kita beri. Jadi secara tak langsung, mereka sering mengulang2 ayat dari mulut diorang tersebut untuk diorang terima dan menutup rasa pelik diorang. Saya rasa la pada orang2 tua umur 70 an ke atas, kes tak ada anak ni memang rare. So, dia memang rasa pelik bila bertemu dengan orang yang mengalami situasi macam tu. Korang pun tahu kan zaman diorang kahwin awal gila. Opah saya cakap umur zaman dia anak dara umur 16-17 tahun paling mahal belanja dan paling tinggi permintaan. Umur lebih 20 tahun dah dikira tua. Dia kahwin umur 22 tahun pun orang da cakap dia kahwin lambat. Belanja pun murah sebab orang kata dia dah tua. Dasyatkan zaman dulu.

Masa umur macam tu kalau kita dah kahwin saya rasa kita mengandung dah. Mau berderet anak kita. Fast food tak telan banyak lagi, makan makanan mak masak (diyakini bersih segar dan berkhasiat), aktif sukan, hidup pun happy go lucky, stress pun sikit2 je belajar kat sekolah apalah sangat kan, moreover berat badan masa tu taklah overweight atau obese. Memang ideal sangat la untuk pregnancy kan. Tengoklah kes2 buang anak sekarang ni pun banyak dari golongan muda remaja. So, saya dah faham kenapa Nenek bersikap begitu. Allah dah tunjuk kat saya nenek2 memang macam tu sebab their life/journey totally different than us.

Opah pula pelik dapat tahu DH ada adik beradik ramai tapi semua lelaki sebab dia tak pernah jumpa pasangan yang dapat anak macam tu. Dulu masa mula2 tahu  saya pun pelik. Tapi tak la respond macam Opah respond. Sebab first time jumpa kan memanglah pelik. Tak biasa dengar kes macam tu. So saya faham kenapa Opah rasa pelik dan duk ulang2 ayat tu kat diri dia sendiri. It is something new to her sebab tu la dia react macam tu.

Then, I decided not to get mad atau rasa tak suka kat Nenek. Lepas ni kalau dia nak react macam tu pun biarlah sebab zaman dia dengan zaman kita jauh berbeza. In fact, diorang ni orang kampung yang memang tak banyak expose ke dunia luar dan kurang komunikasi dengan macam2 segala bagai perangai dan masalah manusia kat luar tu. Walau pun memang tak dinafikan ada grannies yang advance, educated, high class people, I believe they might respond/react differently sebab orang-orang cenggini lebih banyak ilmu dan bertatasulisa, tahu ada sopan dalam percakapan. 

Korang ada tak pengalaman berhadapan dengan soalan2 kurang senang daripada nenek2? After korang baca my opinion ni, I would like to hear urs. Manalah tahu korang ada finding atau opinion lain.

DON'T GET MAD WITH GRANNIES
Hehe

Ate' logo






Friday 25 January 2013

Mandi sunat Fajar

Assalamualaikum...
Selamat pagi...hari ni saya cuti. Pindah rumah. Tengah dok bf ni saya teringat ustaz kat IKIM FM cakap last two days berkenaan mandi sunat fajar ni.

Rasulullah kita hari2 mandi sunat fajar ni tau. Bukanlah ketagih tapi ia sememangnya baik sgt2 untuk tubuh badan dan kesihatan kita. Saya percaya ramai yang dah tahu tentang tu. Yang menariknya mandi sebelum subuh ni jika di buat pada penagih dadah setiap hari in shaa Allah penagih ni boleh sembuh. Hilang ketagihan dia. Amazing kan betapa hebatnya penangan mandi sunat fajar.

Saya selama ni duk mandi pagi sebelum subuh xtau pun ada mandi sunat fajar. Hm ni la akibat jahil tak menuntut ilmu. Lately saya dah bangun makin awal. 4 atau 4.30 pagi dah terjaga. Lepas tu susah nak tido balik. Allah nak suruh saya sembahyang Isya' lebih awal kot plus nak bagi saya peluang sembahyang sunat agaknya. So selepas ni tiap kali bangun mandi nak sembahyang Isya' pagi-pagi tu saya nak niat untuk mandi sunat fajar. Mudah-mudahan jika ada penyakit, ia boleh disembuhkan. Nanti saya nak cari lebih maklumat tentang fadilatnya.

Next, satu perkara lagi yang saya nak kongsikan adalah makan di awal pagi hehe. Ni memang susah nak buat kepada wifey yang bekerja untuk prepare bf. Orang lain tak tahu la tapi saya memang tak pernah sempat nak buat bf pada hari bekerja. Makan awal pagi yang saya maksudkan ni adalah makan betul2 selepas sembahyang subuh. Ha awal kan. Selepas kita mandi sunat fajar tadi kita siap2 nak sembahyang subuh...dah masuk waktu kita sembahyang...ha dah siap sembahyang tu terus la makan. Makanlah kurma ke, roti ke, susu ke atau apa2 saja yang boleh dimakan hehe.

Nak tau apa kelebihannya? Manfaatnya ia sangat memberi kesan kepada kecergasan otak kita. Emosi kita lebih ceria. Kita rasa lebih bersemangat dan bersedia untuk hadapi hari kita. Kita dah dapat aura positif untuk mulakan hari kita. In shaa Allah kita rasa lebih positif... Manalah tahu perubahan ni buat suami kita lebih sayang dan hubungan as husband and wife tu semakin baik maka hidup pun lebih bahagia. I know it takes time tapi kalau tak cuba sekarang bila lagi kan. Mudah-mudahan stress kita pun berkurang. Usaha TTC pun semakin mudah.

ok, nak angkut barang plak.

Ate' logo

Thursday 24 January 2013

workout #3 2013

Assalamualaikum...

Saya bangun awal sikit arini. 4 pagi da terjaga lepas tu tak boleh tidur dah so saya kacau la DH tidur. Hehehe kesian dia dapat wife macam saya. Nasib baik dia tak marah. Dah boring kacau dia saya tunaikan solat Isya'. Saya memang selalu sembahyang Isya pagi2 pukul 5 macam tu. So arini awal sikit la daripada biasa. Kemudian baca Yassin utk sedekahkan kepada Nabi Muhammad, Rasulullah kita, ahli keluarga dan para sahabat baginda dan baca surah al-mulk mohon dimurahkan rezeki dan diberi kesenangan dijauhkan kepapaan. Pagi ni sengaja saya rekod. Terasa mcm nak hadiahkan rekod tu pada DH. Esok2 kalau tak panjang umur saya pergi dulu DH boleh buka dan dengar suara saya mengaji.. Semoga dia boleh rasa lebih tenang. Aih dah melalut dari topik neh.

Pagi ni saya pergi fitness. Hubby temankan. Workout #3 masih 40min je. Bila la nak bertambah kan...hehe. Actually hari ni kami nak angkat barang2 pindah rumah. Tak semua la. Yang besar2 diangkat esok naik lori. So tak boleh workout lama2 walau pun arini cuti. Banyak benda nak buat arini.

So, back to the topic kalori yang terbakar supposed to be more but since saya tak sempat nak masukkan berat dan age tadi treadmill tu estimate ikut standard la kot. Basically lebih berat lebih la kalori yang terbakar.

Masa: 40 minit
Jarak: 3.67 km (ada sikit peningkatan)
Kalori yang dibakar: 182  (actually it was more)
Gradient: 1%

Berat sekarang tak pasti. Penimbang dah simpan dalam kotak but I think masih 85kg.

Skrg tengah breakfast. Ha amik bantai 2 keping tosei. Macamana la nak kurus kan...

Ok, setakat itu saja

Ate' logo

Wednesday 23 January 2013

Workout #2 2013

Hai kawan2...Saya baru lepas abis treadmill jog+walking...Lepas abis kje terus dtg tadi.

Today buat 40 minit jem Masih tak ade peningkatan dari segi masa since saya kena ambil DH balik kerja. Lepas ni nak take shower and terua pergi komuter.

Actually hari ni saya lari 3.55 km je and kalori yang terbakar tak sampai 200...hanya 192...Kawan2 saya sebenarnya tak tahan nak lari laju. Setakat 6 ++ km/j je boleh. Kalau 7km/j saya bolehvtahan sampai 3 minit. Saya rasa sakit yang amat sangat kat bahagian kanan di bawah dada. Tak tahu kenapa. Sejak dulu saya memang mcm tu. Seolah2 saya ada limit utk lari. Kalau i over the limit pain tu akan dtg dan ia sakit sakit. Saya kene stop. I used to fight the pain tapi skrg saya dah tak boleh. Rasa nak pitam

Mcmana progress u all. Berat saya semakin bertambah sebenarnya. Dah 85 pulak skrg ni. Skrg ni rasa mcm miss V basah la. Macam ada something yg keluar. I need to go and check.

ok, ate' logo

He's not happy...Sorry Abi

Well yesterday I did an appointment at DEMC's website. Diorang belum call I to confirm kan lagi. To be honest memang I tak bagitahu DH masa I nak buat appointment tu. I decided will tell him later bila ada masa yang sesuai. This morning masa nak siap2 pergi kerja, I told him...slowly and sofly.

"Sayang ada benda nak bagitahu ni. Abi jangan marah eh"
"Bagitau apa?"
"Sayang dah buat appointment nak jumpa Dr minggu depan"
"Bila sayang pergi?"
"Sayang buat online jer...Diorang tak call pun lagi"
"Abi dah agak dah. Abi tahu apa yang sayang nak buat. Abi baca blog sayang. Abi baca komen2 yang ada. Abi dah agak dah. Ni mesti nak jumpa Dr taknak bagitahu. Tengok, kan dah betul"

DH terus kuar bilik....tapi dia tak nampak marah. I expect he's going to get mad. Tapi dia nampak kecewa. Huhu nampak kecewa lagi tak best kan. I peluk dia, just want him to know that I really love him and wanted him to be cool. I really wanted support from him.

"Abi, sayang perlukan sokongan abi. Kita sama-sama kena pergi. Abi pun sayang akan bagi sokongan jugak"

"Abi masih dengan pendirian abi. Cukup setahun baru abi nak pergi. Abi yakin kita berdua tak ada masalah"

"Abi....kita kene dapatkan bukti jugak..kita kena check"

"Alah ramai je yang pergi rawatan masih tak tahu juga sakit apa"

I'm speechless. Bukan tak nak terus pujuk tapi tak nak burukkan keadaan. I choose to keep silent. I understand his feeling. I believe dia tahu nanti kami akan pergi jumpa Dr jugak, but tindakan I yang terlalu cepat ni dan tambahan pulak tak bagitahu dia awal-awal buatkan dia frust. I do really sorry for doing that. I don't know, I just can't wait. Tambah pulak everytime@everyday key in the temperature kat BBT chart, I rasa benci sangat tengok the pattern. In fact, until yesterday I buat OPK test. Dua kali pulak tu. Tak ke bengong I ni. Semalan dah CD18 pun. Forsure the result was negative. Asyik tak puas hati dengan diri sendiri je.

DH masuk bilik utama duduk tepi katil. I duk siap-siap tengok cermin sambil tu usha muka dia dari cermin. Hmm, cebik je dia. Tak suka la tu. I tak boleh tengok muka dia macam tu. Rasa nak gelak comel sangat. Sorry ye puji husband sendiri kat sini. Then, I memang tergelak then I asked him,

"kenapa ni bi..." Dia still cebik
"Sayang nak pergi, pergi lah. Sayang pergi dulu. Abi nak tunggu cukup setahun"
"Hm..okay. Tapi kalau pergi sama kita jimat masa"
"Tak nak abi nak tunggu genap setahun jugak"
"Takpelah macam tu. Tak lama lagi dah pun nak cukup setahun. Sebulan lebih je"

DH diam. Tak lama lepas tu dia tanya,

"Sayang nak jumpa Dr pompuan ke lelaki?"
"Tak tahu lagi. Tengoklah diorang nak bagi sapa?"
"Hmm..tak suka la..."
"Abi, abi kena bagi sokongan...Niat kita kan nak mendapatkan rawatan. Kalau abi dapat Dr perempuan pun sayang kena relakan. Sayang akan support"

DH diam lagi..I terfikir jugak kalau dapat Dr lelaki susah gak. Wat TVS nnt malu gila la. Ok, kalau DEMC call I nak request for female ob/gene.



Tuesday 22 January 2013

maaf saya tak suka cara awak bergurau

Credit to: sorry4theblog.com

Harini DG turun padang melawat ke office tempat aku kerja ni. Saya tak nak cerita sangat tentang event tu sebab everything went well. Saya pun rasa puas hati dengan kesudian beliau bersama pengarah-pengarah lain untuk turut serta.

Ada beberapa senario yang menyakitkan hati especially bila berhadapan dengan makcik-makcik  akak-akak yang tak lama lagi nak pencen ni. Dua yang pertama ni saya masih okay lagi but the third one, hati banyak sakit.

1. "Puan, sepatutunya biar la pegawai yang pegang bunga tu untuk sampaikan pada DG. Kenapa la diorang suruh budak-budak praktikal tu ek? Tak patut-tak patut"

Masa tu bos kat tempat saya ni nak sampaikan cenderahati kepada DG. Budak2 praktikal tu tolong pegangkan untuk hulurkan kepada bos sebelum bos bagi pada DG. Saya tak nampak pun sebarang masalah kat situ. Bagus la budak2 tu yang buat. Kalau saya yang disuruh, saya pun tak hingin. Dalam hati, agaknya akak ni tak puas hati kot kenapa bos tak mintak tolong dia pegangkan jambakan2 bunga tu semua.

2. Ada seorang makcik akak ni duk pegang-pegang belakang saya. Lepas tu pegang2 hujung tudung saya. Dia duk kat sebelah. Nak marah tak sedap lak. Saya toleh je la tengok dia pastu dia cakap " cantik tudung awak. Tapi tudung-tudung macam ni ada yang pendek je kan. Yang labuh tak de kan"

"Ada je kak"
" Eh, ada eh. Panjang sikit je la ye. Harga mahal?"
"Aah tudung tu labuh la. Harga lagiiii mahal" (sengaja stress kan perkataan lagi tu)

Lepas tu dia diam je tak usik2 dah tudung saya atau pegang-pegang kat belakang saya. Nak kata tudung dia labuh tak pulak. Singkat je. Tudung saya pakai ni pun harga RM20 je. Lebih labuh dari tudung dia. Tak tahu la apa niat dia sebenarnya tapi seriously saya bukan jenis yang suka bersembang tentang pemakaian atau sebarang accessories dengan orang. Especially orang kat tempat kerja sebab ada bakat 'mulut menyampai'. Dulu dia pernah bagitahu saya dia tak pernah beli tudung kat tempat-tempat biasa. Walau tudung 1 warna pun paling kurang beli kat Ariani. Pada saya mana-mana pun sama ikut preference dan kemampuan diri sendiri. Saya ye kan je lah.

3. Aktiviti terakhir DG dalam lawatan beliau adalah melawat makmal kultur tisu. My friend, an RO ada sediakan satu sikat pisang hasil dari pokok kultur tisu ni. Pisang tu disediakan untuk DG dan Pengarah2 ni rasa. Ada buah pisang tu kembar dua. Tak ada siapa pun nak makan.  Hmm, korang nak tahu sapa yang jadi bahan? Saya? Yes, saya lah yang kena bahan.

Ada yang konon nak jadi pak dukun bagitau saya makan pisang kembar dapat anak kembar la dan macam-macam gurauan lagi. Saya bagitahu yang saya pernah dengar ayat tu dari kecik lagi. Diam terus Encik tu.
FYI, dulu masa saya budak2 (sekolah rendah rasanya), memang ada seorang opah ni offer makan pisang kembar dua. Dia bgtahu benda yang sama dengan Encik tu. Saya memang ada makan pun. Opah tu pun dah meninggal sekarang ni. Dalam hati saya cuma doa semoga gurauan mereka-mereka ni dimakbulkan Allah s.w.t supaya saya dapat anak kembar. Masa tu saya boleh terima lagi gurauan2 mereka tu.

Dalam banyak2 gurauan tu ada satu je yang terkesan kat hati ni. Terdiam terus lepas saya dengar. Ada sorang makcik ni tepuk lengan saya. Dia cakap, " Makanlah! Mana tahu lambat-lambat dapat anak ni terus dapat dua". Lepas tu dia gelak2 kecil

Pada saya ayat tu rude sebab dia cakap di tempat yang ramai orang. Lagi pun ayat dia 'lambat-lambat' tu rasa sakit sangat bila dengar. Saya tak pernah mohon supaya Allah lambat beri saya anak. Saya tak mintak semua ni. Saya kenal anak-anak dia. Anak-anak dia memang subur. Cucu berderet. Dia pun memang ada cucu kembar. Kalau betul niat dia baik, saya maafkan cuma lepas ni jagalah pertuturan supaya sesuai dengan tempat. Rasa malu sangat. Lepas makcik tu cakap macam tu yang lain-lain senyap tak cakap apa dah. Saya cuba jauhkan diorang dan ikut bontot DG je.

Sebenarnya saya harap usaha TTC Group nak buat persatuan nanti banyak event akan dibuat supaya orang luar sana yang diberi peluang oleh Allah mudah mendapat anak ni buka mata dan hati diorang supaya ada rasa simpati, hormat, dan bantu golongan kita ni. Bukannya menyindir, mengata, membuat spekulasi tanpa usul periksa, bergurau tanpa batasan dan sebagainya.

Ya Allah, doaku masih sama. Aku masih menanti zuriat dariMu Ya Allah. Kurniakanlah. Jika aku punyai penyakit, aku redha. Maka Kau bantulah aku mengatasinya. Semoga aku diampunkan dosa dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.
Amin.

Ate' logo

Monday 21 January 2013

-ve OPK test, No CM fluid, No Ovulation?


Ya Allah, mengapa pulak cycle kali ni macam ni...

BBT chart Jan 2013 until CD17


Today dah CD17. Bulan lepas I got +ve OPK test on CD14. Two bright lines were appear on the strip. This cycle I did the test from CD13 to CD16. All were -ve. Ada naik dua garis but faint. Tengok temperature pattern pun sedih sangat. Tak menunjukkan tanda orang subur. I don't even feel watery at my miss V. Creamy pun tak ada. Eggwhite lagi lah tak ada. Combination of all these three components (OPK test result, temperature pattern & cervical menses) shows that I do not ovulated this cycle.

Masa CD13 test result appear double line tapi line T tak terang sangat but jelas. Saya pun ada tanya you all kat post ni . Result OPK pada CD14 semakin pudar hampir tiada line dan pada CD15 dan CD16 cuma ada 1 line sahaja. Definitely negatif la kan. CD12 saya tak buat test pulak.

Full BBT chart December 2012
BBT chart December 2012 until CD17

Saya cuba bandingkan BBT chart bulan lepas dengan bulan ni punya. Bulan ni punya starting temps semasa period look good (rendah daripada last month) which is sepatutnya memang suhu kita rendah semasa period datang. CD7 untuk bulan lepas dan bulan ini juga temp naik mencanak tinggi pada suhu >&=36.40. Cuma penurunan yang berbeza. Bulan lepas selepas CD7 suhu turun secara drastik sementara bulan ini suhu turun sedikit demi sedikit. Suhu paling rendah pada bulan ini adalah pada CD12. Ruginya tak buat OPK test masa ni. Mana tahu positif kan. However, kalau saya ovulated on CD12, sepatutnya suhu akan naik mencanak tinggi the next day tapi tak pun....Tengok kat chart on CD13 suhu naik sikit je. Then suhu semakin naik sekarang ni. Tempoh lutheal phase memang macam ni. Our temperature will increase again during lutheal phase. Progestrone sedang buat kerja. If I got pregnant, temperature will remain high.

Adakah betul ovulasi tidak berlaku? saya juga tidak pasti

Ate' logo

kisah TTCian lain yang tiada blog

last Thursday i was attending Majlis Konvensyen KIK in HQ. Right after I manage to get my car parked ada seorang kakak ni tegur I. She's my friend, an RO jugak same batch with me. Orangnya peramah and happy go lucky.

After greeting to each other we walked together to the hall. It's very nice to meet her dan borak2 dengan dia. Rasa macam jumpa kawan lama yang we used to share many things together. Dalam dewan while waiting for the event to start she asked me: awak dah pregnant ke?

Me: Belum....dalam usaha
Akak S: awak tahu kan aritu akak masuk hospital
Me: ermmm haah i saw it on ur fb
Akak S: akak baru je lepas operation dengan Dr Hamid Arshat. Sebulan akak cuti tak masuk kerja
Me: Oh patut la...saya tanya akak kat fb akak tak jawab...akak sakit apa
Akak S: Awak tahukan akak dah ada anak sorang. lepas dua bulan kahwin akak dah concieve dia. Lepas  2 3 tahun anak first dah lahir akak dgn husband usaha utk dapatkan yang second. Naturally la tapi tak berjaya jugak until we decided utk buat treatment. Akak buat kat LPPKN Jln Raja Laut. Before decided nak buat IUI tu akak dan suami run few tests la mcm semen analysis. dia memang tak ada masalah. lepas tu cek hsg utk tengok blockage kat tubes, cek ovaries, cek ada tak endometrosis yang darah2 beku kat rahim tu dan cek macam-macam lagi. Dr kata akak ok je. Dr bagi Clomid. 3 cycle jugak la dan setiap kali tu pergi scan telur2 tu tak membesar ke saiz yang sepatutnya. Ada tu ada tapi tak cukup besar. So akak rasa tak pe la so we decided nak buat IUI.
Me: Okay lepas tu apa jadi
Akak S: I got 4 big and healthy eggs. Akak dah berangan masa tu. Ada 4 biji ni tak akan satu pun x jadi kan....tapi memang tak jadi. Akak tanya Dr kenapa IUI ni tak menjadi sedangkan saya 4 biji telur yang besar.
Me: ye sebab apa...u might get twins (sedih pulak)
Akak S: Aah sebab tu akak berangan dah...at least mungkin dapat satu. But Dr just do not know why it was not successful. Then akak stop terus treatment kat situ.
Me: Lor Dr tu pun boleh tak tau..anak akak yang first tu pun dah besar kan
Akak S: Dah darjah 5 dia sekarang. 11 tahun dah umur dia.
Me: akak umur dah berapa skrg?
Akak S: 34 dah. Sebab tu terus jumpa pakar kali ni. Dr Hamid tgk sejarah treatmemt akak. Lepas tu scan kat bawah la. Alat tu lebih kurang sama je dengan Dr yang dulu guna. Dia bgtahu akak ada retroverted uterus.Dia pelik kenapa Dr lama boleh tak tahu melainkan memang Dr tu tak berpengalaman. Dia bgtahu rahim jadi macam tu selepas akak bersalin dulu. Very pity Dr lama tak boleh detect.
Me: Ya Allah da 11 tahun tu kak...IUI pun dah buat. Lama dah penantian akak. Baru sekarang dapat tahu kan
Akak S: Aah tu la sebabnya IUI tak menjadi. Dr Hamid suh buat operation untuk betulkan balik. Kos 8 ribu lebih. Akak pakai insurans. Akak ada bgtahu awak kan akak amik prudential. Dia cover semua tu. Dr Hamid tahu je akak ada insurans terus dia set date. cepat gila. akak tak expect secepat tu. bincang dengan husband, akak cek jadual akak dan anak akak pun cuti sekolah so kami on since tak ada apa-apa hal. Dr hamid memang lagi suka kalau patient dia ada insurans perubatan. Dia akan uruskan semuanya. Kita tak payah keluar duit. Akak operate pun kat Hosp Pantai. Kalau pakai duit sendiri mungkin kat Klinik Dr Hamid je.
Me: Kalau kita baru amik insurans boleh terus guna ke kak
Akak S: Ada cooling period. 3 bulan kalau tak silap akak. Akak punya dah lama ambik. dari tahun 2008 lagi.
Me: Oh macam tu. Akak punya period memang tak ada masalah ye?
Akak S: ok je period akak tak pernah miss datang je tiap2 bulan. Sebulan lepas akak operate akak terus datang period tau. MasyaAllah punyalah sakit pinggang akak rasa nak patah. Akak tanya kawan akak kenapa rasa sakit sangat pinggang ni kan...diorg kata tu la senggugut. Akak ni mana pernah senggugut. Tak pernah rasa sakit pun bila period.
Me: laa ye ke...hehehe. kalau saya tu rasa rahim macam nak terburai sakitnya. pinggang usah cakap la rasa mcm nak patah jugak. period je berguling2 la saya. Kat bahagian ari-ari akak tak sakit?
Akak S: Sakit juga sikit-sikit je la. Tak sakit sangat.
Me: Saya banyak jugak baca blog TTC, macam-macam kisah diorang. Macam-macam treatment diorang dah buat. Nak dibandingkan dengan saya memang jauh beza la. Tak buat apa-apa treatment pun lagi
Akak S: Kalau awak nak buat kat LPPKN pun boleh. Call je buat appointment. Dr diorang ada 3. Tak pasti la kalau dah tukar ke belum. Seorang lelaki, lagi dua perempuan. Dulu akak dapat yang perempuan India tu. Hm, tak best la dia. Kalau kat Dr Hamid ni pun boleh walaupun tak ada insurans. Cuma kita terasa sikit la setiap kali datang keluar duit. Kat LPPKN kos akak wat treatment dalam 2000 lebih je. Murah. Operation ngan Dr. Hamid ni dalam 8000 lebih jugak la.
Me: Saya cadang nak wat treatment kat LPPKN tapi lepas dengar kisah akak ni risau pulak. Ada kawan-kawan kat blog suggest pergi DEMC. Tempat tak jauh sangat dari tempat tinggal saya. Kat Shah Alam jugak.
Akak S: Cubalah call buat appointment.
Me: Sekarang dalam usaha nak pindah rumah kak. Stress duk rumah sewa sekarang ni. Pindah biasalah kena pakai duit lebih sikit. Nanti dah settle hal rumah baru boleh fikir pasal treatment ni.
Akak S: Oh ha settle kan yang tu dulu. Duduk rumah sekarang awak stress je tak guna jugak nak concieve.

Pungpang pungpang kami borak rupanya perasmian dah mula dah. Adus, DG duk berucap kat depan, kami berborak pulak. Cerita ni saya nak kongsikan dengan semua pembaca especially TTCian la. Ada banyak pengajaran kat sini kalau korang baca dan faham betul2.

1. Masalah retroverted uterus boleh terjadi right after bersalin (secara normal). So, lepas bersalin better check adakah masih normal uterus kita.
2. Mesti ada knowledge tentang masalah infertility. Ask as many questions as possible to your Dr. Macam kes akak ni, Dr tak tahu dia ada RU, dia lagi lah tak tahu. Lastly end up buat IUI. Dah ada 4 big eggs but finally the procedure met failure. Kalau boleh buat survey dengan kawan-kawan TTC lain yang pernah buat treatment kat mana-mana untuk dapatkan nama-nama Dr yang berpengalaman dan boleh beri layanan yang baik.
3. It's good to have insurance yang boleh support the fertility treatment. Senang kita tak payah keluar duit banyak selepuk in case we have to go for operations. Saya pun tak ada lagi. Rasa nak ambil tapi komitmen sangat banyak sekarang tak mampu nak bayar pulak nanti.

Ok, harap kita semua boleh mendapat manfaat daripada kisah seorang wanita yang telah TTC selama +-10 tahun untuk dapatkan anak kedua beliau. Mana nak tahu beliau diberi petunjuk hanya selepas 10 tahun setelah dia usaha sehingga buat IUI. Kisah ni jadi tauladan kepada kita semua supaya berhati-hati ketika membuat rawatan klinikal walau di mana Hosp/Klinik yang kita pergi. Seperti yang saya cakapkan kat atas, kita mesti kena ada knowledge. Saya pun masih banyak perlu baca dan faham ni huhu.

Ok, setakat itu saja.

Ate'logo 

Thursday 17 January 2013

Faint OPK test result means -ve or +ve?

Assalamualaikum...
Hai....

Today is CD13. Last month on CD14 my OPK test result is positive. Two bright red lines appear. This month I did the test one day ealier. Saja nak tengok boleh dapat +ve result ke tak. I buat lepas balik kerja before solat.

Once done, the bright red line appear first. Lepas solat Asar I took a look again and I saw another red line but it was faint line. I dont know you all boleh nampak ke tak kat dalam gambar tu. That is the best pic yang I boleh ambil dgn HP I yang tak seberapa ni. Depan2 I ni memang jelas la second line cuma not as bright as the first line yg appear.

So i wanted to know, can this result consider positive? Atau sebaliknya?

Ate' logo

Wednesday 16 January 2013

workout starts again

hai kawan2 ttc yg nak turunkan berat badan. Today I oficially joining you all...after two months tglkan workout today saya mula balik.

Lets do it ladies!!

Update picture after 45 minutes walking and running on treadmill.

3.76 km and 200 cal is burned. Sepatutnya setiap kali workout we should burn at least 300 cal. Dalam dalam masa sebulan kita kne workout 12 times. Untuk dapat result yg baik la. Kalau kita dapat consistent buat ni memang superb la.

Dont forget to do muscle development. I pun malas nak buat sebabnya tempat tu penuh dengan lelaki badan ketol2 rasa tak selesa la. I choose weekend utk develop muscle sebab masa tu x ramai yang dtg gym. Bebas sikit nak guna equipments yang ada.

Ok, all the best friends!! Sama2 support each other okay supaya tak cepat putus asa.

Love u all!

Ate' logo

I in dilemma (house vs treatment)

Actually memang betul saya dan DH masih tidak mendapatkan rawatan di mana-mana but we already talked about it. I decided to agree with him to wait for a few months before we start.

But recently he keep telling me that he is no longer can stand to stay at our current house. Actually we are renting a flat with monthly rent is only RM300. Tak dapat la nak cari rumah sewa dengan harga tu kat Shah Alam ni melainkan flat. Kawasan rumah saya ni penuh dengan Indian. Melayu boleh bilang dengan jari je. Diorang ni jenis Indian yang very3 low class. Sorry to other Indian readers ya (kalau ada). Bukan apa, Indian lain yang datang pun rasa tak sanggup nak stay dan mana yang tak tahan dah move out awal-awal dah. Pengotor nak mampus. Setakat ni dah dua kali tukar kontraktor pembersih kawasan, dua-dua cabut tak tahan. Tak sampai sebulan pun pekerja diorang sanggup buat kerja.

Even, orang-orang politik datang organize program gotong-royong dengan saya dan DH sekali join sebab kena panggil kitaorang turun sama-sama join program tu dengan harapan India-india ni sedar diri tahu nak jaga kebersihan. Huh kalau ikutkan hati ni memang nak sumpah seranah keluar bahasa gelap ni. Berasap je tengok attitude diorang. Diorang tak ada yang turun join pun tapi duduk diam-diam dalam rumah. Kalau yang keluar pun tengok dari kaki lima depan rumah diorang je. Lift diorang jadikan tempat longgok sampah. Ruang bawah tangga kat ground floor pun sama. Depan lift hampir di semua tingkat pun jadi tempat longgok sampah. Tahi, pampers, segala bagai ada. Pressure weh....anak kencing dalam lift pun buat bodoh je. Tak marah even tak tegur pun anak dia siap backing biasalah budak2. Wei celaka betul lah. Ha, kan dah kuar satu bahasa gelap.

Pencuri pun berlambak-lambak. Lift banyak kali rosak akibat tangan panjang india-india tu. Yang mencalarkan kereta pun ada. Duduk lepak atas kereta orang pun ada. Kereta saya salah satu mangsa. Curi kepala paip utama pun ada. Yang curi lampu, pecahkan tingkap, curi motor hmmm....bila senarai2 balik banyaknya kerosakan dan keburukan tinggal kat sana....tak tersenarai dah banyaknya. Yang saya tulis ni baru sebahagian. Semua ni saya dah rasakan pressure nya masa awal2 duduk sini dan boleh kata setiap hari mengadu kat DH. Tak tahan sangat. Tertekan. Tengok dia rileks je. Saya tahu dia bukan boleh buat apa since itu je yang kami mampu masa tu.

When time goes by, dah 10 bulan pun kami kahwin dan kiranya dah 10 bulan kami tinggal kat situ, sekarang DH pulak yang kerap cakap dah tak tahan duduk sana. Just like me when I told him masa awal-awal dulu, penuh dengan perasaan benci dan meluat dengan orang-orang dan persekitaran kat situ. So, he decided nak pindah dan betul-betul cari rumah sewa lain. Selama ni cakap-cakap je tapi tak cari betul-betul. Dia pun dah mula sakit-sakit badan since business dia tu memerlukan dia angkat barang-barang perniagaannya yang boleh tahan besar-besar dan berat-berat ke rumah kami di tingkat 8. Dah tak larat la tu. Saya pun takut jugak nak bantu angkat berat-berat tu. Itu la puncanya dia beria-ia nak pindah cari rumah bawah kali ni dan tak sanggup dah nak duduk kat flat tu lagi. Saya memang kesian. Saya memang sangat happy bila dia cakap nak pindah rumah lain. Cuma kecewa kenapa la tak cakap awal-awal.

Tapi at this point, rumah-rumah sewa yang saya selalu pergi cari sorang-sorang tu dah disewakan...Kami terlambat. Yang tinggal rumah 2stry dengan harga sewaan RM1100 and above. Fuh jauh bezanya tu kan...Mampukah??

Kami mungkin boleh bayar sewa rumah tu tapi masalahnya sekarang I decided nak beli rumah soon. Tunggu pemaju tu launch je. Lepas launch baru mula kerja-kerja pembinaan tapi as a buyer saya dah start kena bayar walaupun rumah tak siap lagi. Saya dah buat kira-kira kalau beli rumah tu monthly kene bayar dalam seribu lebih jugak. Abis tu mana nak cukup gaji bayar duit sewa umah dan bayar duit umah baru dengan gaji kami ni. Abis tu planning untuk dapatkan treatment pulak macam mana? Ya Allah itulah dilemanya... Saya takut nak cakap kat DH to think back about all these because I know finally I am the one yang kene mengalah.

Tak boleh nak kejar semuanya dalam satu masa. Saya betul-betul susah hati. Rasanya tak ada gunanya saya berjaya pujuk dia buat pemeriksaan kesuburan sebab when the time comes, kami tak ada duit pun for that. Habis bayar duit sewa rumah and future house je.

Saya kesian kat dia. Dia usaha cari duit lebih untuk kami berdua. Saya tengok dia pun happy buat business walau pun memang ada ups and downs nya. Biasalah kan...barang-barang yang dia jual dari luar negara. Kadang-kadang senang dapat barang. Kadang-kadang tunggu sebulan dua baru barang sampai. Bila barang tak ada, nak jual apa kan...Dia pun dah mula sakit-sakit tak larat nak angkat barang-barang dia. Saya cuma boleh tolong urut je la supaya kurangkan rasa sakit tu. Sekarang dia nak pindah. Kami dah jenuh cari rumah sewa yang lebih murah tapi tak ada. Sebab tu la saya rasa ralat kenapa la dia tak cakap awal sikit sebab saya memang ada pergi cari rumah sewa sebelum dia beria-ia cakap nak pindah dan ada je yang harga 700++. Kuranglah sikit beban kan.

Saya memang nak pindah rumah. Dah lama berhajat. Awal-awal dah rasa tak tahan tinggal kat rumah sekarang. Saya memang nak anak, nak buat pemeriksaan dan kalau perlu nak buat treatment. Yang ni pun dah lama saya berhajat. Dalam masa sama saya nak beli rumah. Dah lama usha kawasan tu. I was told it will be launched this January. This January dengar khabar pegawai intake 2011 akan dapat confirmation letter. Once dapat surat confirm nanti saya nak cuba beli rumah tu. Tak boleh buat joining loan dengan DH sebab dia masih dalam kontrak walaupun dah 5 tahun kerja. Hmmm tamak ke saya? Setiap orang ada impian. Setiap orang nak perbaiki kehidupan dia kepada yang lebih baik.

I want to help my DH. At the same time I wanted to do fertility check up and treatments. I wanted to buy a house because I know I wont be getting any chance to buy a house dengan harga yang lebih baik di kawasan saya tinggal. Properties kat sini semua mahal-mahal. Rumah yang saya nak beli tu pun rumah single storey je saiz pun kecil tapi harga almost 250K. Kalau saya lambat saya akan terlepas. Properties lain semua diluark kemampuan. Tambah pulak saya stay di kawasan tanah gambut yang terkenal dengan masalah mendap dan sebagainya menjadikan I am a bit choosy untuk membeli rumah.


Aduh dilemma....



Korang boleh tolong bagi opinion tak....



Tuesday 15 January 2013

Gelang kahwin (maharku) hilang

Last Thursday I was busy with other few officiers from Kejuruteraan buat site visit untuk kerja-kerja naiktaraf infrastruktur di tempat kerja. Bermula 9 pagi dan selesai pada 1 petang. Ada 5 tempat kami visit dan orang kejuruteraan ni datang untuk buat penilaian kerja-kerja naiktaraf yang saya dan pegawai-pegawai lain propose tu sesuai ke dengan peruntukan yang diberi. Huhu memang tak la, kami mintak macam-macam tapi tak semua yang boleh dibuat. Oleh itu, pegawai2 kejuruteraan ni akan semak semula dan buat plan cadangan baru yang sesuai dengan budget beserta quotations segala bagai tu la. Kami yang propose ni tunggu feedback daripada diorang je la setakat ni.

Berbalik kepada cerita gelang tangan yang hilang tu, seriously saya tak sedar bila ia hilang. Dan tak boleh nak ingat when was the last time I saw or touch it. Masa nak sembahyang Asar di office baru perasan sebab setiap kali nak ambil air saya akan tanggalkan watch, ring, dengan gelang. Ha, masa tu la baru perasan gelang tangan dah tak ada. Tak jadi ambil air sembahyang terus pergi cari merata, kat kereta, dalam office, dalam toilet huhu tak jumpa jugak. Masa tu dah risau yang amat sangat dan nak nangis dah. Otak ligat cuba ingat balik. Mungkin tercicir masa site visit. Mungkin juga ada orang masuk bilik dan ambil masa saya pergi ambil air sembahyang pada waktu Zohor dan terus tak teringat. Atau mungkin tak pakai tertinggal kat rumah tapi mustahil sebab I keep the watch, ring dan gelang tu at the same place. Tak akan pakai 1 atau 2, mesti akan pakai ketiga-tiga.

Gelang tu gelang emas DH bagi masa nak batal air sembahyang lepas akad nikah @ mahar perkahwinan kami. Harga masa beli RM2600. Sekarang tak tahu la berapa. Mungkin bagi sesetengah orang apalah sangat gelang emas tak sampai 3K tapi pada saya ia amat bermakna. Gelang kahwin kot. Tanda ikatan suami isteri. Suami yang bagi dan RM2600 mahal sangat dah pada saya. Masa saya dapat gelang tu saya tahu dah ia mungkin satu-satunya barang kemas yang saya ada untuk 10 tahun yang akan datang sebab saya tahu saya tak mungkin akan beli lagi sebab saya bukan jenis minat barang kemas dan pada saya to spend a lot of money untuk beli barang kemas is not the right thing to do especially apabila gaji kami berdua tak seberapa dan perlu menyimpan untuk perkara yang lebih penting untuk masa hadapan. Dan kehilangan ia setelah baru 10 bulan kahwin sangat2 meruntun jiwa. Satu kehilangan besar. Satu yang amat menyedihkan.

Mula2 nak beritahu DH sangat2 takut setelah confirm kat rumah pun tak ada. Dan memang tepat, selepas saya beritahu DH terus marah. Tak sanggup nak tengok muka dia saya duduk dalam toilet menangis sorang-sorang. DH membebel2 kat luar. Saya ambil air sembahyang kemudian solat maghrib. Saya masuk bilik tak sanggup nak tengok muka dia. Finally he cames to me dan talks slowly dan pujuk saya. Huhu masa tu baru ada kelegaan dalam hati ni apabila dah dah dapat terima kehilangan gelang tu dan dia cuba pujuk saya untuk sama-sama redha. Dia peluk and said: Tak apa sayang. Jodoh sayang dengan gelang tu tak lama nak buat macam mana. Nanti kalau kita ada duit kita beli lain yer

Saya tak kata apa but I just know kami tak akan mampu beli lain.

Esoknya saya pergi office awal sebelum 7.30 pagi dah sampai. Semua berjalan ke semua tempat yang saya pergi site visit pada hari kejadian utk mencari tapi tak jumpa....Saya ada maklumkan kepada pegawai2 kat office dan assistant saya, minta supaya mereka pulangkan sekiranya terjumpa sebab hari tu adalah hari gotong-royong. Manalah tahu jumpa kan..unfortunately memang tak ada siapa yang jumpa...Saya mula terima it's gone. It just GONE!

Bila teringat balik gelang yang hilang tu saya sentiasa berdoa supaya Allah buka pintu hati sesiapa yang jumpa untuk pulangkan semula atau Allah gantikanlah gelang yang hilang itu kepada sesuatu yang lebih bermakna dalam hidup kami iaitu zuriat. 

Sekarang saya redha...ia bukan milik saya selamanya


Ada perkara yang saya nak cuba kaitkan dengan kehilangan harta benda ni. Antara sebab kita hilang harta benda kita adalah:

1. Sebab kita kadangkala riak (sama ada sedar atau tidak sedar). Dah sedar cepat-cepat istighfar dan janji tak akan buat lagi

2. Sebab kita sering leka dengan kesenangan dan dah tak dekat dengan Tuhan. Selalu-selalu lah berdoa Allah pelihara harta benda kita, rumah tangga kita, iman dan ibadah kita. Kadang-kadang shopping tak ingat akhirat. Solat tinggal, duit berabis pastu rasa riak pakai benda-benda berjenama dan mahal-mahal. Sedikit sebanyak ada perasaan nak menunjuk. Ha, its getting worst kan. Bahaya riak ni. Janganlah sesekali rasa riak dan terleka.

3. Sebab kita tak bersyukur dengan nikmat yang Allah dah beri. Allah dah beri macam-macam tapi kita rasa Allah tak bagi pun apa yang kita nak. Kita nak zuriat Allah tak bagi. Kita nak senang Allah tak bagi. Kita nak macam-macam lah tapi kita dok kata Allah tak bagi pun apa kita nak tapi dok kata Allah bagi dugaan je. Haa amik kau sekali dan semudah kentut tak da bunyi hilang nikmat Allah tarik macam tu je. Macam kes saya hilang gelang tau-tau je dah hilang, nak recall pun tak boleh dah tak ingat apa-apa langsung, jadi redha ajelah Allah dah tarikh harta sementara yang dia beri tu.

4. Sebab Allah nak hapuskan dosa-dosa kita, dosa-dosa lampau kita sama ada  dosa denganNya atau dosa kita kepada orang lain. Kita ni buat dosa kat orang lain banyak je. Mengumpat bos, mengumpat orang-orang kat office, mengumpat mengutuk jiran, sambil drive tu menyumpah seranah orang, dosa dengan ibu bapa, keluarga, suami huhu banyaknya dosa kita kan...terbayar ke kita nanti di akhirat dengan pahala kita yang tak seberapa. Takut-takut tak sempat nak cari orang-orang yang kita buat dosa tu. Hilang harta benda ni adalah dugaan dari Allah swt. Salah satu hikmah di sebalik dugaan adalah untuk Allah hapuskan dosa-dosa kita. Jadi, +ve ye apabila ditimpa musibah.

5. Sebab Allah sayangkan kita....percaya tak sebab Allah sayangkan kita dia tarik nikmat yang dia beri pada kita? Kalau Allah tak sayang, dia biarkan kita hanyut dengan kemewahan, dengan kesenangan hidup, leka lewat-lewatkan sembahyang, malas mengaji dan macam-macam lagi. Sebab Allah sayangkan kita tak nak tengok kita terus ke jalan yang serong/pesong dia sedarkan kita dengan menarik nikmat atau harta benda kita. Lagipun, apabila kita sedar kesilapan kita, kita berubah, kita bertaubat, Allah dah pun berjaya naikkan martabat kita. Selain itu, secara tak langsung kes kita ni jadikan peringatan dan panduan orang lain disekeliling kita.

6. Sebab Allah nak beri nikmat/harta benda yang lebih besar/ lebih bermakna. Dah hilang barang/harta benda/nikmat banyak-banyakkan berdoa supaya Allah berikan/gantikan dengan yang lebih baik. Ya Allah, walaupun gelang emas itu hanya 2600 ringgit, tak akan sama nilainya dengan anugerah zuriat dariMu, namun kau kurniakanlah aku dan suamiku zuriat yang soleh dan solehah daripada sisiMu dan janganlah kau biarkan kami sendirian tanpa meninggalkan waris di bumi ini.

Mungkin ada banyak lagi sebab-sebabnya harta benda/nikmat kita ditarik Allah. Saya senaraikan beberapa sahaja yang saya nampak dekat pada diri saya. Saya harap post kali ni bukan saja boleh beri peringatan kepada diri sendiri tapi pembaca-pembaca jugak.

Dalam tempoh 10 bulan saya berkahwin ada dua musibah besar yang melanda kami:

1. Car accident, total lost more than 2K
2. Hilang mahar, total lost RM2600 (harga emas lama)

Nak senaraikan masa sebelum kahwin terlalu banyak hehe tak perlulah. Yang penting, take it positively dan muhasabah diri. In shaa Allah kita tak akan rasa sedih yang berpanjangan, malah kita rasa tenang dengan mengingati Allah s.w.t.


Ok, setakat itu saja.

Ate' logo

Tuesday 8 January 2013

Jumpa Dr sekarang atau tunggu genap setahun?

Ya Allah sukar betul nak bertindak sendirian ni. Ada suami mestilah kene ikut cakap suami kan. Saya sebenarnya, seboleh-bolehnya nak segera buat pemeriksaan. I really wanted to know if I have any fertility problem. Tapi suami tak nak buat sekarang. Dia nak jugak tunggu usia perkahwinan kami genap setahun.

Dia yakin benar saya boleh concieve sementara tunggu our first anniversary ni. Pada saya tak ada beza pun kalau mula sekarang atau tunggu lagi tiga bulan.

Hmm semoga Allah beri petunjuk pada kami apa yang terbaik.

I wish other TTCians berjaya dalam usaha korang mendapatkan anugerah Allah yang satu itu (zuriat)

Ate' logo

Monday 7 January 2013

Alhamdulillah...Period dah regular semula

Alhamdulillah...

Hasil pemantauan selama dua bulan (Dec 2012 and Jan 2013) iaitu selepas dua bulan (Oct and Nov 2012)period datang 2 times in a month  ia dah kembali mengikut normal cycle nya iaitu 31 hari. Bulan 10 dan 11 (2012) tu datang dua kali mungkin disebabkan complete abortion of CP pada September lalu. Andaian saya saje la sebab I didn't do the hpt test much earlier. If I did, it would give a confirmation of CP or not...However, two Drs suspected I had a complete abortion. Boleh baca entry http://ttcstoryummi.blogspot.com/2012/10/bermulanya-kisah-ttc-ummi.html dan http://ttcstoryummi.blogspot.com/2012/10/ape-la-yang-tak-kena-dengan-saya-ni.html

Bulan 12 until CD31 begitu juga bulan Jan (2013) until CD31. The next day spotting and the following day menses. Tapi bulan ni punya menses for the first two days I was badly struggle menghadapi senggugut, moody, angin yang banyak dan rasa loya serta cepat lapar. Normally kalau saya makan sehari sekali pun dah cukup tak kira sama ada pagi, tengahari atau malam. Period kali ni kena makan pagi dan tengahari pun kena makan kalau tak saya menggigil. Lain sungguh. Ia diluar tabiat ni.

Angin pulak 2-3 days sebelum period kali ni asyik keluar angin je. Dari atas ye hehe. Tapi bile dah starts menses asyik kentut je hahaha.

Saya: Perasan tak sayang period kali ni banyak kuar angin kan?
Hubby:Aah..pelik jugak. Asyik kentut je. Abi sapukan minyak pun Abi kuar angin jugak

Errr hehehe malu teman...Nak buat macam mana huhu..

Senggugut kali ni memang sakit lebih daripada biasa. Terguling-guling tak kira dalam kereta atau kat rumah. Luckly first two days period was on weekend. Kalau workdays tak tau la macam mana. Tak boleh nak duduk diam. Cramping akan datang ikut suka dia but most of the time dia jadi peneman setia. Semua benda saya nak marah. Nama jalan Jalan Timun pun saya marah. Errr tak de pasal cari pasal. Dengan hubby sekali kene marah sampai dia masuk bilik pergi ke meja solek tulis macam kat bawah tu. Saya cuba tiru sebijik guna Paint apa yang dia tulis dan lukis kat buku nota kecik atas meja solek kami. Bila tengok balik kelakar la pulak. hahahaha



Harini nak pergi kerja baru saya perasan haha kejam kan. Kalau dapat tahu awal boleh awal sikit pujuk tak de la lama sangat dia muncung.

Next, rasa loya comes and goes...Yang ni pun diluar tabiat. Sesekali rasa loya betul macam nak termuntah tapi tak ada bende pun yang nak dimuntahkan. Until today CD3 rasa loya tu kadang-kadang datang juga.

Macam mana pun saya bersyukur period dah ok, cycle dah betul and all those symptoms tu normal and mostly happened to all women which I take it sebagai perkara biasa je la. Cuma mana yang tak pernah hadapi tu je saya anggap sebagai luar tabiat heheh.

On BBT chart, temp drop menjunam ke 36.20 (1st day menses), 36.21 (2nd day menses) and 36.10 degree Celcius (today). BBT for these three days nampak lebih baik berbanding my first chart. I hope this cycle I got ovulated, there are eggs ready to be fertilized, BD on the right time, having fun, and the eggs are fertilized and become healthy and smart baby/babies, In shaa Allah.

I wish everyone of you All the best.

Ate' logo


Friday 4 January 2013

Majlis perpisahan staff@kawan

Hari ni berlangsung satu jamuan kecil bagi meraikan perpindahan seorang staff di tempat kerja saya ke stesen lain di Pulau Pinang. Dia minta pertukaran supaya dekat dengan suami. Staff ni kira rapat juga dengan saya awal-awal dulu. Kami kahwin pada bulan yang sama cuma dia awal seminggu. Saya pergi kenduri dia di Kedah sana. 3 bulan lepas kahwin dia disahkan mengandung. Tapi hanya selepas dia dah disahkan 4 bulan mengandung baru dia bagitahu saya itu pun selepas saya tanya. Sangat sedih masa tu. Rasa dikhianati. Sebab kami rapat. Banyak perkara kami share. Selalu keluar makan sama. Jalan tengok wayang sama. Masa bujang, dia datang rumah saya lepak sama. Saya selalu juga teman dia ke mana-mana. Tapi sejak saya jadi antara orang yang lambat tahu dia dah concieve, saya rasa agak kecewa. Saya pun dah berkahwin jadi kurang luangkan masa dengan dia. Di office kalau dia datang ke bilik saya bagitahu saya ada banyak kerja. Hmm..kejam pulak rasanya. Tapi saya terpaksa supaya perhatian dan perasaan saya tak terganggu. Lebih baik saya tumpukan perhatian pada kerja. Senang cerita sukar bagi saya berhadapan dan borak-borak macam dulu-dulu dengan dia. Yang pasti saya bukan benci, bukan tak suka cuma kelemahan saya tak boleh nak berhadapan dengan dia. Hati ni sangat fragile.

Harini hari terakhir dia di sini. Saya tak rasa sedih tapi rasa kehilangan. Mungkin kehilangan seorang kawan. Apa pun saya doakan dia bahagia bersama keluarga, suami dan bakal anak yang dilahirkan. Due to Dr's scan, its a girl...Tumpang gembira untuk dia. Before I leave her, I asked her to pray for my turn. Walau pun bunyinya macam bergurau but actually I meant it. I do!

Ok, setakat itu saja.

Ate' logo